Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus Sejarah
Buat pelajar-pelajar yang dikasih...ini contoh, sila ubah suai ikut kesesuaian...jangan ada yang share ibu bapa lak..
Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Sebelas (f) ,Puan Rosni Binti Rosli kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah saya iaitu ..............................................kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ...............................................dan .................................kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ............................................ yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu .............................dan ......................................yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.
Contoh Objektif Kajian :
Melalui kajian ini, saya dapat :
- Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.
- Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
- Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat.
Contoh Kaedah Kajian :
1. Kaedah temu bual
Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual ................................dari ............................................untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.
2. Kaedah lawatan dan pemerhatian
Saya telah melawat .................................... untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut memproses, dan memasarkan produk tempatan tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.
3. Kaedah analisis dokumen
Saya juga turut merujuk dokumen dari .................................. untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
4. Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ...............................untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.
5. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
6. Kaedah Audio visual
Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan .................................... Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.
Contoh Rumusan
Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan yang terdapat di temapat saya khasnya dan di negara kita amnya. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara.
Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
Akhir sekali, kemajuan ekonomi negara bergantung kepada rakyat yang produktif,kreatif dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga produk tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.
No comments:
Post a Comment