Perbezaannya ialah ungkapan ini terus berubah dan tidak begitu mantap susunan dan bentuknya .
Bahasa kiasan
Bahasa kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan.
Kiasan ialah kata atau frasa atau ayat yang digunakan untuk membanding sesuatu.
Ia merupakan ciptaan penutur atau pengkarya berhubung dengan sesuatu keadaan, situasi atau persekitaran.
Menurut Za'aba, bahasa kiasan boleh dibahagikan kepada kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan permanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat, kias ibarat, tamsil ibarat atau cerita kiasan.
Kiasan Asal
Bahasa kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Jenis kiasan ini mengggunaka kata-kata perbandingan seperti, ibarat, umpama, laksana, bagai, macam danbak.
Contoh:
a. Merah macam biji saga.
b. Berlari pantas seperti dikejar hantu.
c. Hancur bagai kaca jatuh ke batu.
Kiasan Berpindah
1. Kiasan berpindah tidak menggunakan kata-kata perbandingan dan kata yang hendak dibandingkan itu terus dicantumkan dengan benda yang dibuat perbandingan.
Berbanding kiasan asal, kiasan berpindah memberikan kesan yang lebih kuat kerana dua benda yang disamakan tanpa kata perbandingan itu menghasilkan satu makna yang utuh dan konkrit.
Bahasa kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu:
a. Kiasan sandar - kiasan yang dikaitkan dengan benda lain kerana keupayaan sifat atau perbuatan benda tersebut mempunyai persamaan dengan perkara yang hendak dikiaskan.
Contoh: Mandi kerbau, tidur ayam, hangat-hangat tahi ayam, jinak merpati, pening lalat dan sebagainya.
b kiasan terus - kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain.
Contoh: Ayam tambatan, pisau cukur.
c. Kiasan berangkap - kiasan yang menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai erentanan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan benda yang dikiaskan.
Contoh: Sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa.
Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
d. Kiasan berbunga - menggunakan perkataan-perkataan yang berbunga-bunga dan indah.
Contoh: Angin lembut, merah menyala-nyala.
e. Kiasan pemanis atau gayang - Kiasan untuk melindungi seseorang daripada memperkatakan sesuatu yang kurang elok atau manis jika disebut secara berterus-terang
Contoh: nafkah batin, datang bulan, datang adat, orang ruah, menjamah iossteri, meninggal dunia, membuang air besar dan sebagainya.
f. Kiasan melompat - Kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara yang sebenarnya.
Contoh: Minum kopi, menanak nasi, mencucuk atap, menjahit baju.
g, Kiasan melarat- Kiasan daripada perkataan yang sudah menyimpang jauh daripada maksud asal perkataantersebut.
Contoh: Kaki botol, memotong cakap orang, mengambil berat, badan berisi, dan sebagainya.
Kiasan Permanusiaan
Kiasan ini menggunakan objek tertenyu yang tidak bernyawa dan diberikan sifat atau pelakuan manusia.
Kiasan ini juga dikenali sebagai personifikasi
Contoh:
Sungai mengalir lesu
Tiupan angin menyamaikan salamku kepadanya.
Kalam menari di atas kertas itu.
Kiasan Berkacau
Kiasan yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta-akta yang bertentangan antara satu sama lain.
Contoh: Nafsunya merentak-rentak seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lauan cinta berahi.
Tamsil
Tamsil adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.
Contoh: Bawa resmi padi, makin berisi makin menunduk.
Ibarat
Ibarat mempunyai maksud berlapis, iaitu maksud tersurat berbeza dengan maksud yang tersirat.
Kiasan sering digunakan untuk menyindir.
Contoh ibarat:
Lukah Tok Guru sudah mengena
Ikan sudah termakan kail.
Kiasan Ibarat
Kiasan ibarat mengunakan bahasa yang indah dan berbunga-bunga.
Terdapat dalam bentuk prosa dan puisi.
Contoh kias ibarat:
Segala penat lelahnya sudah membuahkan hasil.
Tamsil Ibarat
Tamsil ibarat ialah gabungan bahasa tamsil dan ibarat, terkandung di dalamnya unsur pengajaran.
Contoh: Sesiapa berusaha memanjat pokok rajin dan melelai dahannya sudah pasti ia ke pucuk kemuliaan dan mengecap buah kesenangan.
Cerita Ibarat atau Cerita Kiasan.
Memberikan pengajaran, teladan, dan panduan hidup kepada manusia.
Contoh Cerita Sang Kancil, Burung Bayan Budiman dan sebagainya.
Kata Hikmat
Kata Hikmat merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor, dan biasanya mengandungi pengertian yang mendalam.
Di peringkat pendidikan, ia berguna untuk menjadi sandaran hujah dalam pertuturan dan penulisan.
Contohnya, Jangan putus asa, dalam sehari tugasan awak tidak akan selesai.