Translate

Pengajian Am



DAPATAN KAJIAN
Secara khususnya buku yang telah dibaca, iaitu Teaching As Learning : An Action Research Approach didapati penulis tidak menghuraikan bahagian analisis data dalam kajian tindakan secara khusus.  Namun, sama seperti buku All You Need to Know about Action Research yang telah dihasilkan oleh penulis yang sama iaitu Jean McNiff. Terdapat beberapa cara analisis data yang digunakan dalam kajian, iaitu :
1- Pemerhatian
Data yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh dianalisis melalui pemerhatian. Melalui kajian tindakan pengkaji atau guru boleh melihat atau memerhatikan diri sendiri sebagai subjek utama dan juga orang lain untuk mengenal pasti bagaimana guru boleh mempengaruhi mereka melalui cara pendidikan. Menurut Jean, pengkaji atau guru boleh melakukan pemerhatian melalui video atau meminta orang lain membuat pemerhatian ke atasnya untuk dijadikan data dalam kajian yang akan dilakukan.
2- Soal Selidik
Data yang juga boleh diperolehi melalui soal selidik seterusnya dianalisis sebagai hasil dapatan. Soal selidik yang dibina baik adalah soal selidik yang tidak terlalu banyak soalan sehingga menyebabkan pelajar bosan untuk menjawabnya. Oleh itu, guru mesti membina soal selidik yang mampu dijawab oleh pelajar dan memerlukan soal selidik yang mempunyai kaedah menjawab yang mudah. Antara garis panduan dalam pembinaan soal selidik ialah:
  • Memutuskan apakah maklumat yang perlu dicari.
  • Bahasa yang digunakan perlu sopan dan tidak menyakiti sesiapa.
  • Soal selidik mesti jelas dan tidak mengelirukan, menyediakan tempat yang mencukupi untuk dijawab dan menggunakan kertas yang berkualiti.
  • Menguji dahulu soal selidik kepada beberapa orang dan meminta mereka mengkritik sama ada positif atau negatif.
  • Menghormati responden dengan memberikan masa yang mencukupi untuk menjawab soal selidik.
3- Temu ramah
Kaedah temu ramah merupakan kesinambungan bagi soal selidik bagi data yang lebih memerlukan jawapan yang cepat. Temu ramah ini boleh dilakukan dengan menggunakan perakam video, perakam audio, mencatat secara tulisan, dan orang yang ditemu ramah perlu tahu apakah matlamat pengkaji melakukan temu ramah tersebut.
Pengkaji juga perlu jelas dengan etika temu ramah dan sentiasa peka dengan perkataan yang dituturkan oleh responden. Ia bertujuan untuk menjaga kesahan data. Pengkaji perlu aktif semasa mendengar dan ia menjadi perkara utama dalam teknik temu ramah.
4- Teknik Fotografi, Perakam audio, video dan media
Data yang diperlukan dalam kajian juga bole diperolehi dan dianalisis melalui teknik fotografi, rakaman audio, video dan media. Teknik ini menjadi satu mediaum dalam menjalankan kajian seiring dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan. bagi mendapatkan dan menganalisis data yang diperolehi melalui teknik ini, adalah perlu bagi seorang pengkaji mendapat persetujuan daripada responden atau pihak lain yang terlibat sebelum mengambil data menggunakan audio-visual. Menurut penulis, adalah lebih baik, sekiranya persetujuan tersebut berbentuk surat sebagai menunjukkan bukti kajian boleh dijalankan.
Teknik Analisis Data
Data-data yang diperolehi seterusnya akan dianalisis dalam bentuk jadual.  Analisis data dalam kajian tindakan juga bersifat kuantitatif. Contohnya teknik statistik deskriptif boleh dilihat dalam kajian tindakan iaitu menfokuskan kepada meningkatkan kollaboratif Teknik deskriptif digunakan bertujuan untuk menghuraikan dapatan kajian daripada soal selidik yang dijelaskan dalam bentuk jadual dengan huraiannya dalam bentuk kekerapan, peratusan (%) dan mod (skor yang kerap berlaku atau terbanyak).
Selain itu, membina gambarajah berbentuk grafik yang menunjukkan komunikasi yang dinamik tentang apa yang berlaku juga boleh dibuat.

No comments:

Post a Comment