Translate

Format Penulisan Bahasa melayu


TERHAD





MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA



















FORMAT DAN CONTOH
PENULISAN ESEI BERFORMAT

BAHASA MELAYU


PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PENGGAL 2

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


© Hakcipta Majlis Peperiksaan Malaysia 2013


TERHAD
TERHAD

KANDUNGAN
 
Format 1: Laporan
Contoh soalan
Skema jawapan
Contoh esei

Format 2: Syarahan
Contoh soalan
Skema jawapan
Contoh esei

Format 3: Ceramah
Contoh soalan
Skema jawapan
Contoh esei

Format 4: Teks Ucapan
Contoh soalan
Skema jawapan
Contoh esei

Format 5: Memorandum
Contoh soalan
Skema jawapan
Contoh esei

Format 6: Minit Mesyuarat
Contoh soalan
Contoh esei

Format 7: Kertas Cadangan
Contoh soalan
Skema jawapan
Contoh esei

Format 8: Surat Kiriman Rasmi (a)
Contoh soalan
Contoh esei
Surat Kiriman Rasmi (b)
Contoh soalan
Contoh esei


3
4
4-5
6-7
8
8
8
9-10
11
11
11
12-13
14
14
14
15-16
17
18
18
19-20
21-22
23
23-25
26-28
29
29
30-33
34
35
35-36
37
38
38-39
                                                                    2                                                          TERHAD

TERHAD

FORMAT 1: LAPORAN

  Tajuk:

1.0 Pendahuluan

2.0  Senarai Ahli Jawatankuasa (opsyenal)
 Pengerusi:
Naib Pengerusi:
Setiausaha:
Bendahari:
Ahli Jawatankuasa:

3.0  Isi (Isu yang dilaporkan)
 3.1
 3.2       (mesti ada subtajuk)
3.3

4.0  Cadangan/langkah
4.1
4.2       (mesti ada subtajuk)
4.3

5.0  Penutup


Laporan disediakan oleh,                                                                      Tarikh
   
Tandatangan    
(NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan






                                                                    3                                                          TERHAD

TERHAD

Contoh soalan

Sebagai setiausaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan, anda diminta untuk menjalankan satu kajian
tentang perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Berdasarkan hasil kajian anda itu,
sediakan satu laporan tentang kelemahan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini dan
kemukakan cadangan anda untuk mengatasinya. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Skema jawapan

Format jawapan mestilah dalam bentuk laporan.


Laporan tentang Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam                                            
dan Cadangan untuk Mengatasinya


1.0 Pendahuluan
•   Konsep pengangkutan awam/latar belakangnya dan kaitkannya dengan tajuk.

2.0  Senarai Ahli Jawatankuasa
  Pengerusi:
Naib Pengerusi:
Setiausaha:
Bendahari:
Ahli jawatankuasa:

3.0  Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam
3.1  Jumlah kenderaan awam tidak mencukupi.

3.2  Keadaan fizikal pengangkutan awam tidak sempurna.

3.3  Kadar tambang yang tidak setara/sepadan dengan dengan kualiti perkhidmatan yang
ditawarkan.

3.4  Kegagalan syarikat pengangkutan awam menepati jadual dan laluan perjalanan yang
telah ditentukan.

3.5  Perkhidmatan pengangkutan awam tidak meluas dan tidak menyeluruh.

4.0  Cadangan untuk Mengatasinya
4.1  Memperbanyak pengeluaran permit bagi kenderaan awam yang utama, seperti   bas,
teksi, kereta sewa, dan lain-lain

4.2   Menambahkan jenis perkhidmatan kenderaan awam

4.3   Mematuhi jadual perjalanan dan laluan perjalanan kenderaan awam

4.4  Memperketat penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan usia sesebuah
kenderaan awam

4.5   Mengurangkan kadar tambang dan meningkatkan mutu perkhidmatannya
                                                                    4                                                          TERHAD

TERHAD

















5.0  Penutup
Selain menjaga kepentingan komersial, pengusaha pengangkutan awam juga mesti
melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.


Laporan disediakan oleh,                                                                     Tarikh


                                                         
Tandatangan
(NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan


























                                                                    5                                                          TERHAD

TERHAD

Contoh esei

Laporan tentang Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam dan
Cadangan untuk Mengatasinya

1.0 Pendahuluan

 Pengangkutan awam penting dalam kehidupan manusia.  Perkhidmatan pengangkutan awam
yang baik membolehkan pengguna bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan mudah
dan selesa.  Di negara ini, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam.  Antara perkhidmatan
pengangkutan awam yang popular ialah perkhidmatan bas dan teksi.  Sehingga kini,
perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia dikatakan masih belum memuaskan hati
pengguna.  Baru-baru ini, saya sebagai Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial Daerah Pekan
diminta untuk menjalankan satu kajian tentang kelemahan tersebut dan seterusnya
mengemukakan cadangan untuk mengatasinya.  Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut.

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi: Ahmad bin Ali
Setiausaha: Muhammad bin Daimin
Bendahari: Simon Tan
Ahli jawatankuasa:
1) Saleha binti Abu
2) Razali bin Darus
   
3.0 Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam

3.1   Jumlah Kenderaan Awam Tidak Mencukupi
 Berdasarkan kajian, didapati bahawa jumlah kenderaan awam di beberapa buah bandar di
negara ini tidak mencukupi.  Di beberapa buah bandar kecil, hanya terdapat satu atau dua
buah syarikat bas yang beroperasi.  Jangka masa pergerakan antara sebuah bas dengan bas
yang lain agak panjang disebabkan masalah kekurangan bas.  Keadaan ini menyebabkan
pengguna sering berebut-rebut untuk menaiki bas agar mereka tidak ketinggalan.
Sesetengah penumpang teksi pula sanggup menaiki teksi melebihi muatan yang
dibenarkan agar mereka cepat sampai ke destinasi.  Selain tidak selesa, tindakan ini boleh
membahayakan penumpang.

3.2   Keadaan Fizikal Kenderaan Awam Tidak Sempurna
Keadaan fizikal sesetengah kenderaan awam, khususnya bas dan teksi didapati kurang
sempurna.  Sesetengah kenderaan tersebut tidak terurus dan tidak diselenggara dengan
baik.  Kusyen beberapa buah bas pula didapati carik dan sesetengahnya tertulis dengan
pelbagai tulisan yang berunsur lucah.  Kebersihan kebanyakan kenderaan tidak dijaga
dengan baik.  Sistem pendingin hawa yang digunakan pula kadangkala tidak berfungsi.
Keadaan ini menyebabkan pengguna berasa tidak selesa menggunakan pengangkutan
awam.

3.3   Kadar Tambang Tidak Sepadan dengan Kualiti Perkhidmatan
 Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan pengguna perkhidmatan awam yang ditemui
menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang kadar tambang yang dikenakan.
Kebanyakan pengguna bersetuju bahawa kadar tambang tidak sepadan dengan kualiti
perkhidmatan.  Menurut pengguna, sesetengah pemandu teksi tidak menggunakan meter
yang dipasang dengan alasan alat tersebut rosak.  Segelintir kakitangan bas pula didapati
kurang sopan apabila berurusan dengan penumpang.  Walaupun perkara ini tidak
                                                                    6                                                          TERHAD

TERHAD

disenangi, namun pengguna terpaksa menggunakan perkhidmatan awam kerana tiada
pilihan lain.

4.0 Cadangan untuk Mengatasinya

4.1   Memperketat Penguatkuasaan Undang-undang tentang Usia Kenderaan Awam
 Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah memperketat penguatkuasaan undang-undang
tentang usia kenderaan awam di jalan raya.  Kenderaan yang terlalu lama misalnya, yang
melebihi usia 20 tahun haruslah ditamatkan permitnya.  Pengusahanya boleh diberikan
bantuan kewangan untuk menggantikannya dengan kenderaan yang baharu.  Bantuan yang
sama hendaklah diberikan kepada pemilik kenderaan awam yang kenderaan awamnya
didapati kurang elok.  Selain menjaga keselamatan pengguna, langkah ini penting untuk
memberikan keselesaan kepada pengguna perkhidmatan tersebut.

4.2   Menambahkan Pengeluaran Permit Kenderaan Awam
 Bagi mengatasi masalah kekurangan kenderaan awam, pihak kerajaan seharusnya
menambahkan pengeluaran permit kenderaan awam di negara ini.  Hal ini bertujuan untuk
membolehkan lebih banyak kenderaan awam beroperasi.  Langkah ini penting untuk
mengelakkan orang ramai berebut-rebut untuk menaiki kenderaan, terutamanya ketika
menjelang musim perayaan.  Pertambahan pemilik kenderaan awam juga penting untuk
mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pengusaha.  Impaknya, pengguna
dapat membuat pilihan dan masalah kekurangan kenderaan dapat dikurangkan.

5.0 Penutup
 Kajian ini telah mengenal pasti beberapa kelemahan perkhidmatan pengangkutan awam di
negara ini. Selain kekurangan jumlah kenderaan awam, sikap pengusaha yang terlalu
mementingkan keuntungan memungkinkan kenderaan awam tidak terjaga. Kelemahan tersebut
dapat diatasi sekiranya pengusaha kenderaan awam memahami bahawa mereka sebenarnya
turut melaksanakan tanggungjawab sosial.  Sekiranya syarikat kenderaan awam di negara ini
dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti, orang ramai juga akan berasa selesa
menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan.



Laporan disediakan oleh,                                 10 Mac 2013
           

      Muhammad
(MUHAMMAD BIN DAIMIN)
Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial
Daerah Pekan              













                                                                    7                                                          TERHAD

TERHAD

FORMAT 2:  SYARAHAN

Esei berformat syarahan mestilah mengandungi aspek yang berikut:
  (i) Kata alu-aluan
  (ii) Kata sapaan
 (iii) Penutup

Contoh soalan

Bersempena dengan Kempen Gaya Hidup Sihat, anda telah terpilih untuk mewakili daerah anda
dalam pertandingan syarahan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri. Tajuk syarahan anda ialah
“Amalan Hidup Sihat”. Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

Skema jawapan

Esei hendaklah ditulis berdasarkan format syarahan, iaitu didahului dengan kata alu-aluan, kata
sapaan, dan penutup yang sesuai.

Pendahuluan
• Kata alu-aluan
• Tajuk syarahan

Isi

IS1 Mengamalkan gaya hidup sihat
 
IS2 Mengamalkan pemakanan seimbang
 
IS3 Mengamalkan senaman
 
IS4 Menjaga kebersihan
 
IS5 Menjauhi tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah
 
IS6 Mendapatkan rawatan doktor

Penutup

• Kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan perlu ditingkatkan.

• Bagi menambahkan pengetahuan orang ramai tentang hal ini, panduan tentang penjagaan
kesihatan perlu disebarluaskan.

• Semoga “Amalan Hidup Sihat” menjadi realiti di bumi Malaysia.










                                                                    8                                                          TERHAD

TERHAD

Contoh esei

 Yang dihormati tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif panel hakim, dif-dif kehormat, rakan-rakan
pelajar, dan hadirin sekalian, assalamualaikum dan salam sejahtera.  Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri kerana mengundang saya
untuk memberikan ceramah bersempena dengan kempen Gaya  Hidup Sihat.  Pada pagi ini, saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Amalan Hidup Sihat”.

Hadirin sekalian,
Setiap individu ingin hidup sihat dari segi fizikal dan mental.  Seseorang dapat melakukan
aktiviti harian tanpa gangguan dengan memiliki tubuh badan yang sihat. Walaupun begitu, matlamat
tersebut tidak mudah dicapai sekiranya seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup sihat.  Bagi
mencapai matlamat tersebut, setiap individu perlu melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh
meningkatkan kesihatan, dan pada masa yang sama meninggalkan aktiviti yang boleh menjejaskan
mutu kesihatan.

Antara usaha bagi mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengamalkan pengambilan
makanan seimbang.  Makanan yang dimakan hendaklah mengandungi zat yang secukupnya untuk
mencegah seseorang daripada serangan penyakit. Seseorang yang tidak mengambil kira tentang
pemakanan seimbang akan terdedah kepada risiko serangan pelbagai penyakit.  Misalnya,
pengambilan gula dan kolestrol yang berlebihan akan memungkinkan seseorang diserang penyakit
Diabetis dan menimbulkan masalah kepada fungsi jantung.  Rajah piramid pemakanan yang
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan perlu dijadikan panduan untuk memastikan bahawa makanan
yang dimakan itu mengandungi khasiat yang seimbang dan dapat menyihatkan badan.

Hadirin yang dikasihi,
Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan seseorang.  Hal ini demikian kerana semasa
bersenam, sebahagian besar organ dalam badan seseorang bergerak aktif.  Jantung akan berfungsi
dengan baik untuk memastikan perjalanan darah menjadi lancar.  Di samping itu, pembakaran lemak
dalam badan akan berlaku, sekali gus individu dapat mengatasi masalah lebihan lemak di dalam
badan.  Ringkasnya, melalui senaman, badan menjadi lebih sihat dan otak menjadi cerdas.  Jika rakyat
negara ini mengamalkan aktiviti senaman, tidak mustahil tahap kesihatan rakyat Malaysia akan
meningkat. Oleh itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan aktiviti senaman hendaklah
dipupuk.

 Selain itu, penjagaan kebersihan juga merupakan salah satu amalan hidup sihat.  Orang ramai
hendaklah memastikan bahawa tubuh badan, pakaian, makanan, dan persekitaran sentiasa bersih.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka daripada bermain di tempat
yang kotor.  Mereka juga perlu memastikan bahawa kawasan di dalam dan di luar rumah berada
dalam keadaan yang bersih.  Sampah sarap di persekitaran perlu dibuang di tempat pembuangan
sampah atau ditanam.  Langkah ini dapat mengelakkan persekitaran daripada menjadi tumpuan
bakteria atau serangga-serangga tertentu, terutamanya lalat, lipas, dan nyamuk.

Meskipun orang ramai diberitahu tentang bahaya merokok, permintaan terhadap rokok masih
tinggi.  Masalah penyalahgunaan dadah pula masih berterusan.  Kedua-dua tabiat ini perlu dijauhi
sekiranya seseorang ingin menikmati kehidupan yang sihat.  Hal ini demikian kerana perokok lebih
terdedah kepada risiko diserang sakit jantung, kanser, dan katarak.  Gejala penyalahgunaan dadah
pula mengundang pelbagai masalah dalam kehidupan seseorang.  Oleh itu, kesedaran orang ramai
tentang bahaya tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah amat penting.

 Setiap orang perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera apabila berhadapan dengan
masalah kesihatan.  Pada kebiasaannya, orang ramai hanya menemui doktor apabila penyakit sudah
serius.  Amalan sedemikian perlu diubah.  Orang ramai hendaklah menghayati ungkapan bahawa
“mencegah penyakit lebih mudah daripada mengubatinya”.  
                                                                    9                                                          TERHAD

TERHAD

Sehubungan dengan itu, orang ramai perlu sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan
penyakit dan mengetahui tahap kesihatan mereka.  Tindakan yang lebih baik adalah dengan
mendisiplinkan diri untuk mendapatkan rawatan kesihatan setiap enam bulan. Sekiranya saranan ini
diikuti, sesuatu penyakit akan lebih mudah dicegah sebelum dirawat.

Hadirin yang budiman,
 Sebagai kesimpulan, kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan perlu ditingkatkan.
Langkah ini penting supaya setiap individu dapat mendisiplinkan diri, terutama dalam aspek
pemakanan dan penjagaan kebersihan.  Tanpa kesedaran tersebut, orang ramai tidak akan
mementingkan gaya hidup yang sihat.  Bagi menambahkan pengetahuan orang ramai tentang hal ini,
panduan tentang penjagaan kesihatan perlu disebarluaskan.  Semoga “Amalan Hidup Sihat” yang kita
perkatakan ini benar-benar menjadi realiti di bumi Malaysia.
Semoga rakyat Malaysia mementingkan gaya hidup sihat dalam menjalani kehidupan seharian.
Sekian, terima kasih.








































                                                                    10                                                          TERHAD

TERHAD

FORMAT 3:  CERAMAH
Esei berformat ceramah mestilah mengandungi aspek yang berikut:
 (i) Kata alu-aluan
 (ii) Kata sapaan
 (iii) Penutup

Contoh soalan

Anda sebagai pegawai kanan di Kementerian Belia dan Sukan diminta untuk menyampaikan ceramah
kepada sekumpulan belia dalam satu majlis Perhimpunan Hari Belia Peringkat Negeri.  Fokus
ceramah anda tentang fungsi sukan dalam pembangunan negara.  Sediakan teks ceramah tersebut
selengkapnya.

Skema jawapan
Esei hendaklah ditulis berdasarkan format ceramah, iaitu didahului dengan kata alu-aluan, kata
sapaan, dan penutup yang sesuai.

Pendahuluan

Isi
• Kata alu-aluan
• Tajuk ceramah
IS1 Membantu peningkatan produktiviti dan seterusnya membantu pembangunan negara
 
IS2 Melahirkan golongan remaja yang berkualiti yang dapat memberikan sumbangan terhadap
pembangunan negara

IS3 Memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara

IS4 Memajukan industri pelancongan di negara yang berkenaan

IS5 Meningkatkan imej negara

Kesimpulan










• Aktiviti sukan penting bukan sahaja untuk melahirkan anggota masyarakat yang berkualiti
tetapi juga dapat membantu pembangunan negara.
• Setiap anggota masyarakat seharusnya menjinakkan diri dengan sukan yang sesuai dengan
minat, kebolehan, dan keupayaan masing-masing.
• Usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar bersukan hendaklah dilaksanakan dari
semasa ke semasa.
                                                                    11                                                          TERHAD

TERHAD

Contoh esei

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Yang Berbahagia, Tuan Haji Abu bin Bakar, Pengarah
Belia dan Sukan Negeri Perak; Yang Berusaha Encik Kamal bin Arifin, Pengerusi Perhimpunan Hari
Belia Peringkat Negeri Perak; dif-dif kehormat; para atlet; dan hadirin yang dihormati. Pada
kesempatan ini, saya akan memperkatakan fungsi sukan dalam pembangunan negara.

        Kebanyakan anggota masyarakat di negara ini meminati sukan.  Menyedari hakikat inilah
kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan infrastruktur sukan kepada
orang ramai.  Kini, padang permainan, dewan badminton, gelanggang olahraga, dan kemudahan sukan
yang lain dibina di kawasan tertentu.  Kesediaan pihak kerajaan berbuat demikian adalah atas
kesedaran bahawa sukan bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada individu tetapi juga
memberikan sumbangan ke arah pembangunan negara.

        Pakar-pakar kesihatan mengakui bahawa aktiviti sukan penting untuk kesihatan.  Hal ini
dikatakan demikian kerana semasa bermain bola sepak, badminton, dan olahraga misalnya, semua
organ dalam badan seseorang menjadi aktif.  Jantung akan berfungsi dengan baik. Pembakaran lemak
juga berlaku dan badan akan mengeluarkan peluh.  Dengan demikian, masalah lebihan lemak dalam
badan dapat dielakkan dan badan menjadi sihat.  Kesihatan fizikal akan mempengaruhi kesihatan
mental individu.  Masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental dapat menjalankan tugas dengan
baik dan seterusnya membantu pembangunan negara.

Hadirin yang dimuliakan,
        Masa lapang seseorang dapat dimanfaatkan dengan bersukan kerana aktiviti ini lazimnya
dijalankan pada waktu yang terluang.  Dengan cara demikian, anggota masyarakat tidak membuang
masa pada perkara yang tidak berfaedah.  Golongan remaja tiada kesempatan untuk melepak,
menganggotai kumpulan gangster, dan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah.  Tegasnya,
aktiviti sukan dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan anak muda, seterusnya dapat
melahirkan golongan remaja yang berkualiti yang dapat memberikan sumbangan terhadap
pembangunan negara.

        Sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah
negara.  Apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah
tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan.  Semasa
berada dalam satu kumpulan, timbul perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka.
Semangat ini amat penting bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara kita.  Selain itu, perpaduan
turut dapat disemai dalam kalangan penonton apabila mereka menyokong pasukan yang sama.  Nilai
perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat membangunkan negara.  

Hadirin yang dimuliakan,
        Apabila sesebuah negara terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan yang bertaraf
antarabangsa, negara yang berkenaan akan dikunjungi oleh pemain, pegawai, wartawan, dan
penyokong dari pelbagai negara.  Mereka sudah tentu akan berbelanja sepanjang berada di negara
yang berkenaan.  Pengaliran wang asing yang berlaku tentu sekali menguntungkan negara.  Apabila
pulang, mereka akan mempromosikan tempat-tempat yang menarik di negara tuan rumah kepada
rakan-rakan.  Dalam jangka panjang, situasi ini dapat memajukan industri pelancongan di negara yang
berkenaan.

        Selain itu, imej negara dapat ditingkatkan melalui sukan.  Hal ini dikatakan demikian kerana
apabila sesebuah negara mengambil bahagian dalam sukan yang bertaraf dunia, nama negara yang
berkenaan akan dikenali, apatah lagi sekiranya negara yang berkenaan mengungguli sesuatu
permainan.  Sebagai contoh, negara Brazil sinonim dengan bola sepak dan Malaysia pula dikaitkan
dengan kehebatan dalam sukan badminton.  Kejayaan sesebuah negara menganjurkan sukan yang
bertaraf dunia turut mengharumkan nama negara. Contohnya, keupayaan Malaysia menganjurkan
                                                                    12                                                          TERHAD

TERHAD

Sukan Komanwel 1998 secara tidak langsung mencelikkan mata masyarakat antarabangsa tentang
keupayaan negara kerdil ini menganjurkan sukan yang bertaraf dunia.

        Kesimpulannya, aktiviti sukan penting bukan sahaja untuk melahirkan anggota masyarakat yang
berkualiti tetapi juga dapat membantu pembangunan negara, seterusnya meningkatkan imej negara.
Menyedari kepentingan inilah, setiap anggota masyarakat seharusnya menjinakkan diri dengan sukan
yang sesuai dengan minat, kebolehan, dan keupayaan masing-masing.  Sehubungan dengan itu, usaha
untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar bersukan hendaklah dilaksanakan dari semasa ke
semasa.  Matlamat ini akan tercapai seandainya kita menghayati cogan kata “Majulah Sukan untuk
Negara.”

        Sekadar inilah ceramah saya pada pagi ini.  Seandainya terkasar bahasa, maaf saya pinta.
Sekian, terima kasih.






































                                                                    13                                                          TERHAD

TERHAD

FORMAT 4:  TEKS UCAPAN
Esei berformat teks ucapan mestilah mengandungi aspek yang berikut:
 (i) Kata alu-aluan
 (ii) Kata sapaan
 (iii) Penutup

Contoh soalan

Sebagai pegawai kanan di Kementerian Pendidikan, anda diminta untuk menyampaikan ucapan dalam
suatu majlis perasmian Hari Sains di sebuah sekolah.  Ucapan itu hendaklah menekankan cara
memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar.  Sediakan teks ucapan tersebut
selengkapnya.

Skema jawapan

Esei hendaklah ditulis berdasarkan format ucapan, iaitu didahului dengan kata alu-aluan, kata sapaan,
dan penutup yang sesuai.

Pendahuluan

• Kata alu-aluan
• Tajuk ucapan

Isi
IS1 Ibu bapa hendaklah memperkenalkan “dunia sains” kepada anak-anak

IS2 Unit Kaunseling harus mengadakan ceramah untuk membetulkan persepsi pelajar tentang
mata pelajaran sains dan teknologi

IS3 Guru mata pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada aspek amali dan
penyelidikan, dan tidak terlalu memfokuskan teori

IS4 Institusi pengajian tinggi hendaklah menawarkan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan
sains dan teknologi

IS5 Kementerian Pendidikan perlulah mengadakan Kempen Budaya Sains dan Teknologi dalam
kalangan pelajar

Penutup

• Bidang sains dan teknologi banyak mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia
• Pelajar hendaklah memantapkan ilmu dalam bidang ini
• Kesedaran semua pihak tentang kepentingan sains dan teknologi amat penting demi menjayakan
usaha untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar





                                                                    14                                                          TERHAD

TERHAD

Contoh esei

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Yang Berusaha, Encik Abdul Rahman bin Hassan, Pengetua
Sekolah Menengah Sri Delima; dif-dif kehormat; guru-guru; para pelajar; dan hadirin yang budiman.
Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah cara untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam
kalangan pelajar.

Para pelajar sekalian,
        Ekoran kemajuan sains dan teknologi, terciptalah pelbagai alatan yang memudahkan urusan
harian manusia.  Penciptaan kenderaan canggih membolehkan sesiapa sahaja bergerak ke sana ke sini
dalam masa yang singkat.  Penemuan kaedah rawatan moden pula telah membantu pihak perubatan
mengesan dan merawat penyakit dengan lebih berkesan. Walaupun kepentingan sains dan teknologi
diakui, namun kesedaran orang ramai, khususnya pelajar tentang perkara ini masih kurang.
Sehubungan dengan itu, usaha untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar
perlu dilakukan.

          Bagi mencapai matlamat tersebut, ibu bapa hendaklah memperkenalkan “dunia sains dan
teknologi” kepada anak-anak.  Selain memberitahu anak-anak tentang kepentingan budaya sains dan
teknologi dalam kehidupan era moden, ibu bapa seharusnya membawa anak-anak mengunjungi
pameran sains dan teknologi yang sering diadakan.  Tujuannya adalah untuk menanam minat anakanak
terhadap
sains
dan
teknologi
sejak
awal
lagi.

Bagi
anak-anak
yang
menunjukkan
minat
mereka

terhadap
bidang
ini,
galakan
hendaklah
diberikan
agar
minat
tersebut
dapat
disuburkan.




       Sesetengah

pelajar beranggapan bahawa Sains merupakan mata pelajaran yang sukar dipelajari.
Oleh hal yang demikian, fobia terhadap mata pelajaran Sains perlu dihilangkan dalam diri pelajar.  Di
sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling harus mengadakan ceramah untuk membetulkan tanggapan
tersebut.  Kesedaran tentang hal ini juga perlu diberikan kepada ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG).  Selain itu, pelajar yang telah berjaya dalam bidang tersebut boleh diundang untuk
memberikan penjelasan kepada pelajar tentang perlunya budaya sains dan teknologi pada era
globalisasi.  Langkah ini penting untuk membina keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan
teknologi mampu dipelajari oleh sesiapa sahaja.

Pelajar-pelajar yang saya kasihi,
        Di sekolah, guru mata pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada aspek amali
dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori.  Selain itu, pertandingan reka cipta sains
perlu diadakan dari semasa ke semasa.  Aktiviti ini penting untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti
pelajar.  Ganjaran yang setimpal perlu disediakan untuk menarik lebih ramai pelajar mengambil
bahagian.  Usaha ini dipercayai dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi, sekali
gus memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini.

        Seterusnya, institusi pengajian tinggi pula hendaklah menawarkan lebih banyak kursus yang
berkaitan dengan sains dan teknologi.  Dengan berbuat demikian, lebih ramai pelajar berpeluang
untuk mengikuti pengajian dalam bidang tersebut.  Pada masa yang sama, pihak institusi yang
berkenaan hendaklah menyediakan kemudahan pembelajaran sains dan teknologi yang mencukupi
untuk membolehkan pelajar mengikuti pengajian dengan berkesan.  Di samping itu, insentif kepada
pelajar yang cemerlang dalam bidang tersebut wajar diberikan sebagai pendorong agar pelajar
berusaha untuk menguasai bidang tersebut.  Oleh hal yang demikian, pihak institusi pengajian tinggi
harus memikirkan pelbagai kaedah untuk menarik minat generasi muda dalam bidang sains dan
teknologi.

          Di samping itu, Kementerian Pendidikan mengadakan Kempen Budaya Sains dan Teknologi
dalam kalangan pelajar.  Sehubungan dengan itu, wacana ilmu yang berkaitan dengan bidang sains
dan teknologi telah diadakan dari semasa ke semasa.  Sebagai contoh, aktiviti forum dan wawancara
tentang sains dan teknologi diadakan sepanjang pelaksanaan kempen itu.  Selain itu, peraduan menulis
esei, pidato, melukis poster, dan mencipta puisi yang bertemakan sains dan teknologi telah diadakan
                                                                    15                                                          TERHAD

TERHAD

khusus untuk pelajar sekolah.  Kempen yang berterusan ini diyakini dapat memupuk budaya sains dan
teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Pelajar yang budiman,
Sesungguhnya, bidang sains dan teknologi banyak mendatangkan faedah kepada kehidupan
manusia. Pelajar hendaklah memantapkan ilmu dalam bidang ini.  Selain itu, kesedaran semua pihak
tentang kepentingan sains dan teknologi amatlah penting.  Dengan adanya kesedaran sedemikian,
usaha pemupukan budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar akan mencapai matlamatnya.
Akhir kata, sama-samalah kita memainkan peranan dalam memartabatkan bidang sains dan teknologi
demi kemajuan negara.  Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih.      
































                                                                    16                                                          TERHAD

TERHAD

FORMAT 5:  MEMORANDUM


Contoh Soalan

Kepada     :
Daripada   :

1.0  Pendahuluan

MEMORANDUM

Tajuk Memorandum

2.0  Pernyataan Masalah/Kebimbangan/Kekesalan/Bantahan (berdasarkan tugasan soalan)
 2.1
 2.2         (mesti ada subtajuk)
 2.3

3.0 Usul
 3.1
 3.2         (mesti ada subtajuk)
 3.3

4.0   Penutup


  Disediakan oleh,    Tarikh

Tandatangan                                                                                                                
(NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan                                                                                                    




















                                                                    17                                                          TERHAD

TERHAD

Contoh soalan

Kini, stesen televisyen cenderung untuk mengadakan rancangan hiburan yang bersifat realiti bagi
menarik minat penonton.  Rancangan sedemikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton,
terutamanya golongan remaja.

 Sebagai pengerusi sebuah persatuan kebudayaan dan kesenian yang berpengaruh, anda diminta
untuk menghantar satu memorandum kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan.
Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kesan negatif yang timbul daripada rancangan
tersebut, dan mengemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu.  Tulis memorandum tersebut
selengkapnya.

Skema jawapan

Jawapan calon mestilah berdasarkan format memorandum.


Kepada      :
Daripada    :
MEMORANDUM


Tajuk Memorandum

1.0  Pendahuluan

2.0  Pernyataan Masalah/Kebimbangan/Kekesalan/Bantahan (berdasarkan tugasan soalan)
2.1  
2.2       (mesti ada subtajuk)
2.3

3.0  Usul
3.1
3.2        (mesti ada subtajuk)
3.3

4.0  Penutup

  Disediakan oleh,    Tarikh

Tandatangan                                                                                                                
(NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan                                                                                                  









                                                                    18                                                          TERHAD

TERHAD

MEMORANDUM

Contoh esei

Kepada    :    YB Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan
Daripada  :    Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Pekan

Memorandum tentang Rancangan Hiburan
Bersifat Realiti yang Disiarkan melalui Televisyen

1.0   Pendahuluan
Dunia hiburan sekarang semakin berkembang di negara ini.  Kini, rancangan hiburan yang
bersifat realiti, misalnya Vokal Bukan Sekadar Rupa, Maharaja Lawak, Mentor, dan lain-lain
telah diperkenalkan oleh syarikat televisyen tempatan.  Rancangan Maharaja Lawak khususnya,
bukan sahaja diminati oleh anak muda tetapi juga oleh orang dewasa.  Meskipun rancangan
tersebut mendatangkan kepuasan kepada mereka, namun kesan negatifnya akan menjejaskan
masa depan orang ramai, khususnya golongan remaja.  Menyedari hal itu, Persatuan Seni
Warisan Daerah Pekan menghantar memorandum ini untuk mengemukakan kesan negatif
rancangan tersebut dan juga usul untuk menangani kesan yang dimaksudkan.

2.0    Pernyataan Kekesalan
Pihak persatuan berasa kesal tentang isu berkenaan kerana penyiaran rancangan berkenaan
boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada penonton, khususnya golongan remaja.

2.1  Pembaziran Masa
Kewujudan rancangan hiburan yang bersifat realiti mengakibatkan banyak masa seseorang
terbuang, lebih-lebih lagi bagi rancangan yang tempoh siarannya panjang.  Situasi ini
menjejaskan kelancaran aktiviti harian mereka yang berkenaan.  Bagi sesetengah pelajar
pula, mereka sanggup menangguhkan tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk
berada di hadapan televisyen bagi mengikuti perkembangan rancangan hiburan yang
bersifat realiti yang menjadi kegemaran mereka.  Segelintir pelajar sanggup ponteng kelas
tuisyen bagi tujuan tersebut.  Sekiranya amalan ini berterusan, prestasi akademik mereka
akan merosot, dan situasi ini sekali gus menjejaskan usaha kita untuk melahirkan pelajar
yang tahu menghargai masa dan cemerlang dalam bidang akademik.

 2.2  Pengaruh Negatif

3.0   Usul
Selain itu, cara berpakaian, pergaulan, ataupun perlakuan artis yang kadangkala
bertentangan dengan nilai ketimuran, ternyata mempengaruhi tingkah laku golongan
remaja.  Oleh sebab itulah kebanyakan remaja di negara ini suka berpakaian yang
mencolok mata.  Pergaulan bebas antara artis lelaki dengan artis perempuan juga menjadi
amalan atau ikutan sesetengah remaja.  Golongan ini bertindak demikian kerana golongan
artis sememangnya menjadi ikutan mereka.  Lagipun, pada usia sebegini, golongan remaja
mudah terikut-ikut dengan perlakuan orang lain.  Selain menjejaskan imej remaja, tindakan
golongan ini turut menjejaskan imej masyarakat dan negara.
  Yang berikut merupakan usul bagi menangani masalah tersebut.

3.1 Mengehadkan Rancangan
Bagi menangani kesan negatif rancangan hiburan yang bersifat realiti, bilangan rancangan
tersebut hendaklah dikurangkan.  Selain itu, tempoh siarannya juga perlulah dipendekkan.
Hal ini demikian kerana kebanyakan stesen televisyen tempatan menyiarkan rancangan
                                                                    19                                                          TERHAD

TERHAD

hiburan bersifat realiti tanpa had untuk mengaut keuntungan.  Stesen televisyen harus
memikul tanggungjawab sosial untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang lebih bersifat
mendidik masyarakat.  Sehubungan dengan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi,
dan Kebudayaan wajar menyediakan garis panduan tentang jumlah dan tempoh tayangan
rancangan yang wajib dipatuhi oleh semua stesen televisyen.

3.2 Menyediakan Garis Panduan
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menetapkan garis panduan, khususnya tentang
perkara yang berkaitan dengan akhlak dan moral artis serta juri yang terlibat.   Garis
panduan yang disediakan haruslah menitikberatkan nilai-nilai ketimuran rakyat Malaysia.
Sebagai contoh, penggunaan bahasa kasar tidak dibenarkan.  Selain itu, batas pergaulan
antara artis lelaki dengan artis perempuan serta gaya berpakaian mereka haruslah
ditetapkan.  Hal ini demikian kerana penonton mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat
oleh mereka.  Oleh itu, kerajaan haruslah menyediakan garis panduan yang jelas.

4.0   Penutup





















 Rancangan hiburan yang bersifat realiti banyak mendatangkan kesan negatif kepada orang ramai,
terutamanya golongan remaja.  Pembaziran masa dan wang bukan sekadar merugikan mereka,
tetapi turut menjejaskan usaha untuk melahirkan remaja yang bijak merancang dan cemerlang
dalam semua bidang.  Persatuan ini tidak menuntut agar rancangan yang sedemikian dihentikan
tetapi mengemukakan beberapa usul yang difikirkan wajar dilaksanakan untuk kebaikan semua.
Sekiranya usul di atas dilaksanakan, persatuan ini yakin bahawa kesan negatif yang dimaksudkan
itu akan berkurangan.  Semoga matlamat negara untuk melahirkan remaja yang berwawasan
akan menjadi kenyataan.


Disediakan oleh,                                                                                        30 Mei 2012
       
   Abdul Rahim                                                                                        
(ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH)
Pengerusi
Persatuan Seni Warisan
Daerah Pekan                                                        
                                                                    20                                                          TERHAD

TERHAD

FORMAT 6: MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
PERSATUAN ………………………..

Tarikh       :
Hari           :
Masa         :
Tempat     :
BIL….. /……..


Yang Hadir (senarai nama yang hadir hendaklah mengikut hierarki jawatan)
1.      − Pengerusi
2.      − Naib Pengerusi
3.       − Setiausaha
4.       − Bendahari
5.       − AJK
6.       − AJK
7.       − AJK
*Untuk minit mesyuarat agung, kehadiran ahli dinyatakan dalam lampiran

Yang Turut Hadir
1.
2.

Yang Tidak Hadir (dengan kenyataan)
1.

Yang Tidak Hadir (tanpa kenyataan)

1.0   Ucapan Pengerusi

1.1 Ucapan terima kasih
1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat
1.3 Harapan pengerusi
                Tindakan :  Makluman
2.0   Pengesahan Minit Mesyuarat

Penyataan tentang pengesahan minit mesyuarat

3.0   Perkara Berbangkit  (calon perlu menulis sekurang-kurangnya dua isi)

3.1 Menyatakan hal atau perkara yang ditimbulkan dalam mesyuarat berdasarkan minit atau
catatan mesyuarat yang lalu.
            Tindakan :  Makluman
4.0   Perbincangan Aktiviti

4.1 Aktiviti yang telah Dilaksanakan (opsyenal)
4.1.1
4.1.2
4.1.3
                                                                    21                                                          TERHAD

TERHAD

(a)
(b)
Tindakan :
4.2.  Aktiviti yang akan Dilaksanakan
                           Tindakan :

4.3  Laporan Kewangan  (opsyenal)
4.3.1 Melaporkan kedudukan kewangan semasa
4.3.2 Membentangkan anggaran perbelanjaan untuk program yang akan dilaksanakan
                         Tindakan :

5.0 Hal-Hal Lain (berkaitan dengan tugasan, tetapi di luar agenda mesyuarat)

5.1  Menyatakan perkara yang di luar agenda mesyuarat
                           Tindakan :  
6.0 Penangguhan/Penutup Mesyuarat



6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul ............ dan mesyuarat seterusnya akan diadakan
pada .............



Disediakan oleh,                                                        Disemak oleh,

.....................................                                              ..........................................
(NAMA DALAM HURUF BESAR)  (NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan  Jawatan

























                                                                    22                                                          TERHAD

TERHAD

Contoh soalan

Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda telah mengadakan mesyuarat bagi
membincangkan program persatuan.  Sebagai setiausaha persatuan, anda ditugaskan untuk mencatat
minit mesyuarat yang membincangkan perancangan dan pelaksanaan program persatuan sepanjang
tahun ini.  Tulis minit mesyuarat tersebut dengan lengkap.

Contoh esei


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
PERSATUAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI SMK MAJU
BIL.2/2013


Tarikh : 10 April 2013
Hari : Selasa
Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK Maju
Yang Hadir
1. Sdr. Rahmat bin Salleh − Pengerusi
2. Sdr. Zainal bin Husin − Setiausaha
3. Sdr. Tan Poh Beng − Bendahari
4. Sdr. Ragunathan a/l Ganesan − AJK
5. Sdr. Abu Bakar bin Surin − AJK
6. Sdr. Muhamad bin Ibrahim − AJK
7. Sdri. Maimun binti Harun − AJK

Yang Turut Hadir
1. Pn. Hasnah binti Husin −  Guru Penasihat

Yang Tidak Hadir (dengan kenyataan)
1. Sdr. Abd Razak bin Ahmad − AJK
2. Sdri. Suriati binti Tahir − AJK

Yang Tidak Hadir (tanpa kenyataan)
1. Sdr. Ampang a/l Japing − AJK

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan mengucapkan terima kasih
kepada ahli kerana semua ahli dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini
tepat pada masanya.
1.2  Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan
perancangan dan pelaksanaan program persatuan sepanjang tahun 2012.
1.3  Pengerusi berharap agar segala aktiviti persatuan yang dirancangkan dapat dilaksanakan
seperti yang dijadualkan, sekali gus dapat memberikan faedah kepada ahli persatuan.
                                                                    23                                                          TERHAD

Tindakan : Makluman

TERHAD

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1/2012
Minit Mesyuarat Bil.1/2012 diterima sebulat suara tanpa pindaan.

3.0  Perkara Berbangkit
3.1  Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa Program Lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) yang dijadualkan pada awal Februari 2013 terpaksa ditangguhkan kerana pada
ketika itu DBP sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di beberapa bahagian.  
Tindakan : Makluman

3.2  Berhubung dengan perkara 4.2 dalam mesyuarat Bil.1/2013, mesyuarat kali ini bersetuju
untuk mengundang Yang Berbahagia Dr. Ahmad bin Husin, penulis novel, cerpen, dan
puisi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menyampaikan ceramah tentang
penghasilan karya-karya sastera. Semua ahli Persatuan Bahasa Melayu Prauniversiti
sekolah ini dikehendaki menyertai program tersebut.
Tindakan : Setiausaha

4.0

Perbincangan Aktiviti
4.1  Aktiviti yang Dirancang
4.1.1 Mesyuarat memutuskan bahawa beberapa program yang dirancangkan dan
dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang lalu dipinda tarikhnya kerana
perubahan tarikh Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan STPM
2013 yang diawalkan. Tarikh baharu program yang disetujui adalah seperti yang
berikut:
(a) Pertandingan Menulis Esei Ilmiah − Mei 2013
(b) Program Penulisan Kreatif  − Julai 2013
(c) Lawatan ke DBP   − Ogos 2013
(d) Jamuan Akhir Tahun   − November 2013
 Tindakan: AJK yang berkenaan
4.1.2   Semua AJK yang berkenaan hendaklah menyediakan draf kertas cadangan tentang
pelaksanaan program di atas. AJK yang berkenaan juga hendaklah berbincang
dengan pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan
tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan program tersebut. Semua kertas
cadangan yang dimaksudkan itu hendaklah disiapkan sebelum 20 April untuk
dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang akan datang.
Tindakan : AJK yang berkenaan
4.1.3  Mengenai perbelanjaan untuk mengadakan program di atas, majlis bersetuju untuk
membincangkannya dengan pihak pengurusan sekolah dan memohon bantuan
daripada pelbagai agensi yang berkaitan. Jumlah perbelanjaan bagi setiap program
akan dibincangkan oleh jawatankuasa kecil bersama dengan bendahari persatuan.
                   Tindakan : AJK yang berkenaan dan Bendahari


4.2   Laporan Kewangan
4.2.1 Bendahari telah melaporkan perbelanjaan kewangan persatuan. Mesyuarat
dimaklumkan bahawa baki wang persatuan dalam akaun adalah sebanyak              
RM 542.10.3
4.2.2 Mesyuarat menerima penyata kewangan yang dibentangkan.
Tindakan : Makluman
                                                                    24                                                          TERHAD

TERHAD

5.0  Hal-hal Lain
5.1 Mesyuarat mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan Seminar Teknik Menjawab
Soalan BM STPM di luar sekolah seperti yang dilakukan oleh sekolah-sekolah yang lain.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam
menjawab soalan STPM. Tarikh program ini adalah sebelum Peperiksaan Percubaan
STPM. Guru penasihat persatuan akan membincangkan perkara ini dengan pihak
pentadbiran sekolah.    
       Tindakan : Pengerusi, Setiausaha, dan Guru Penasihat

5.2 Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan pungutan derma di sekolah bagi meringankan
beban seorang ahli persatuan, iaitu Amir bin Abu, pelajar Tingkatan 6 Bawah Tekun yang
terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan lepas dengan meminta kebenaran
daripada pihak pengetua.
              Tindakan : Pengerusi dan Setiausaha

6.0  Penangguhan/Penutup Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:30 petang dan mesyuarat seterusnya akan diadakan
pada bulan Jun 2013.



Disediakan oleh,  Disemak oleh,
Zainal Husin                                                                                                                        
Rahmat Salleh
(ZAINAL BIN HUSIN)     (RAHMAT BIN SALLEH)
Setiausaha Pengerusi
Persatuan BM Prauniversiti Persatuan BM Prauniversiti
SMK Maju SMK Maju  

























                                                                    25                                                          TERHAD

TERHAD


FORMAT 7:  KERTAS CADANGAN










LOGO
(opsyenal)  






NAMA INSTITUSI/ORGANISASI (SMK...)




NAMA DOKUMEN (KERTAS CADANGAN)


TAJUK KERTAS CADANGAN (CADANGAN UNTUK.....)























ANJURAN (NAMA PENGANJUR)


Nota:  Semua maklumat di muka hadapan mestilah ditulis menggunakan huruf besar.
                                                                    26                                                          TERHAD

TERHAD

1.0  Pengenalan

2.0 Objektif Program


TAJUK

Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut:
2.1
2.2         Objektif mestilah bersifat khusus, mengikut program yang ingin dijalankan
2.3
2.4  

3.0 Rasional

Program ini diadakan atas pertimbangan yang berikut:
3.1
3.2
3.3

4.0  Tarikh, Hari, Masa, dan Tempat

4.1  Tarikh:
4.2  Hari:
4.3  Masa:
4.4  Tempat:

5.0 Peserta/kumpulan sasaran

6.0 Penceramah dan Tetamu Kehormat/Jemputan

7.0 Program Tentatif
 Tarikh/Hari Masa Aktiviti
 
 
 
 
 
 
 
   
8.0 Kewangan

8.1 Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan

 8.2 Sasaran

 8.3 Agihan Keuntungan Secara Kasar

9.0 Ahli Jawatankuasa
 Penaung
 Penasihat
 Pengerusi
 Setiausaha
 Bendahari

                                                                    27                                                          TERHAD

TERHAD


 AJK Pelaksana
    (i)
 (ii)
 (iii)

10.0 Penutup
 
Disediakan oleh,

Tandatangan
(NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan
Tarikh


Disemak dan disokong oleh,

Tandatangan
(NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan
Tarikh


Diluluskan oleh,

Tandatangan
(NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan
Tarikh
























                                                                    28                                                          TERHAD

TERHAD


Contoh soalan

Persatuan Pelajar Tingkatan 6 bercadang untuk mengadakan kem motivasi untuk pelajar tingkatan 6
Bawah di sekolah anda.  Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menyediakan kertas cadangan untuk
program tersebut bagi mendapatkan kelulusan pengetua.  Sediakan kertas cadangan tersebut
selengkapnya.

Skema jawapan

Jawapan calon mestilah berdasarkan format kertas cadangan.

(i)  Muka depan kertas cadangan yang mengandungi maklumat berikut:
   (a) Logo sekolah/organisasi (opsyenal)
 (b) Nama sekolah/organisasi
    (c) Nama dokumen (kertas cadangan)
 (d) Tajuk kertas cadangan
    (e) Anjuran

(ii) Kertas cadangan yang mengandungi maklumat berikut:
(a) Tajuk
(b) Perincian kertas cadangan, iaitu:



















1.0 Pengenalan
2.0   Objektif Program
3.0   Rasional
4.0   Tarikh, Hari, Masa, dan tempat
5.0    Peserta
6.0    Penceramah dan Tetamu Kehormat/Jemputan
7.0    Program tentatif
8.0    Kewangan
9.0    Ahli jawatankuasa
10.0 Penutup
                                                                    29                                                          TERHAD

TERHAD


Contoh esei




SEKOLAH MENENGAH AIR MAWAR







KERTAS  CADANGAN


CADANGAN MENGADAKAN KEM MOTIVASI UNTUK
PELAJAR TINGKATAN ENAM BAWAH SEKOLAH MENENGAH AIR MAWAR























ANJURAN
PERSATUAN TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH AIR MAWAR


                                                                    30                                                          TERHAD

TERHAD


CADANGAN MENGADAKAN KEM MOTIVASI UNTUK                          
  PELAJAR TINGKATAN ENAM BAWAH SEKOLAH MENENGAH AIR MAWAR

1.0 Pengenalan
Sebagai sebuah persatuan yang dianggotai oleh pelajar peringkat prauniversiti di sekolah ini,
kami berasa bertanggungjawab untuk membantu pelajar Tingkatan 6 Bawah untuk
meningkatkan motivasi mereka dalam mengikuti pelajaran. Berdasarkan maklum balas yang
diterima selepas kem motivasi pertama pada tahun lalu, jelas bahawa pelajar mendapat banyak
manfaat daripadanya.  Atas sebab itulah persatuan ini ingin mengadakannya lagi pada tahun ini.

2.0 Objektif Program
Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut, iaitu
2.1   menimbulkan kesedaran kepada peserta bahawa pendidikan amat penting dalam
3.0

kehidupan,
2.2   membantu peserta mengenal pasti minat, kebolehan, dan bakat diri sendiri dan memupuk
motivasi kendiri,
2.3   membolehkan pelajar mengetahui dan mengamalkan kaedah belajar yang berkesan  agar
mereka beroleh kecemerlangan dalam pelajaran.

Rasional
Program ini diadakan atas pertimbangan yang berikut:
3.1  Sesetengah pelajar Tingkatan 6 Bawah di sekolah ini tidak menunjukkan kesungguhan
yang tinggi dalam mengikuti pelajaran. Demi masa depan, mereka perlu dibantu dengan
diberikan kesedaran dan motivasi.
3.2 Langkah mengadakan kem motivasi secara khusus dengan menjemput penceramah
difikirkan dapat menarik perhatian pelajar. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh
diharapkan dapat menyedarkan mereka akan kepentingan pendidikan supaya mereka lebih
bersemangat untuk memberikan perhatian kepada pelajaran.
3.3   Aktiviti-aktiviti yang akan diikuti oleh pelajar sepanjang kem itu diadakan diharap dapat
menimbulkan sensitiviti mereka terhadap kejayaan orang lain justeru dapat membantu
mereka untuk membina motivasi kendiri.
3.4  Pelajar Tingkatan 6 Bawah dapat mengamalkan kaedah belajar yang berkesan sebagai
persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

4.0 Tarikh, Hari, Masa, dan Tempat

5.0


4.1   Tarikh: 23−24 Mac 2013
4.2   Hari: Sabtu dan Ahad
4.3   Masa: Rujuk 7.0 Program Tentatif
4.4   Tempat:  Asrama SM Air  Mawar

Peserta
Anggaran peserta adalah seramai 50 orang.  Semua pelajar Tingkatan 6 Bawah diwajibkan
untuk menyertai kem tersebut dengan bayaran sebanyak RM80 seorang.

                                                                    31                                                          TERHAD

TERHAD


6.0   Penceramah dan Tetamu Kehormat/Jemputan
6.1  Penceramah
        (i) Haji Othman bin Mohd Ali dari Yayasan Insaniah, Selangor.
        (ii) Puan Siti Amriah Hj Abbas dari Yayasan Insaniah, Selangor.
6.2  Tetamu Kehormat/Jemputan
    (i) Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah
   (ii)  Pengetua SM Air Mawar
   (iii)  Penolong-Penolong Kanan SM Air Mawar
 (iv)  Pengerusi PIBG
 (v)  Guru Penasihat Persatuan Pelajar Tingkatan 6

7.0 Program Tentatif

8.0  



Tarikh/hari Masa Aktiviti
7:30 pagi- 8:30 pagi  Pendaftaran peserta
23 Mac 2013
Sabtu
24 Mac 2013
Ahad
8:30 pagi-9:00 pagi  Pembukaan -  Ucapan dan perasmian
9:00 pagi-10:30 pagi Ceramah 1
10:30 pagi-11:00 pagi Kudapan
11:00 pagi-12:30 tengah hari Latihan dalam kumpulan 1
12:30 tengah hari-2:00 petang Rehat dan makan tengah hari
2:00 petang-4:00 petang Ceramah 2
4:00 petang-4:30 petang Kudapan
4:30 petang-5:30 petang Aktiviti riadah
5:30 petang-8:30 malam Rehat dan makan malam
8:30malam-10:30 malam Latihan dalam kumpulan 2
10:30 malam-11:00 malam Kudapan
5:30 pagi-6:30 pagi Solat dan usrah
6:30 pagi-7:30 pagi Aktiviti riadah
7:30 pagi- 8:30 pagi   Sarapan
8:30 pagi-10:30 pagi  Ceramah 3
10:30 pagi-11:00 pagi Kudapan
11:00 pagi-12:30 tengah hari Latihan dalam kumpulan 3
12:30 tengah hari-2:00 petang Makan tengah hari dan rehat
2:00 petang-4:00 petang Latihan dalam kumpulan 4
4:00 petang-4:30 petang Sesi soal jawab dan rumusan
5:00 petang Bersurai


Kewangan
8.1  Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan
Pendapatan                                         RM Perbelanjaan                                  RM
Pungutan yuran penyertaan            4 000.00
Sumbangan persatuan                      200.00
Sumbangan PIBG                             500.00
Sumbangan sekolah                         500.00                    
Bayaran kepada penceramah    2 000.00
Makanan dan minuman
(RM20/orang/hari)                    2 000.00
Cenderamata                                350.00
Sewa peralatan                              300.00
Lain-lain                                        550.00
Jumlah                                             5 200.00  Jumlah                                        5 200.00

                                                                    32                                                          TERHAD

TERHAD


9.0    Ahli Jawatankuasa
 Penaung :   Pengetua
 Penasihat  :    Guru Persatuan Pelajar Tingkatan 6
 Pengerusi  :   Ahmad Ali
 Setiausaha  :   Amirah Abidin
 Bendahari  :   Syed Mokhtar Alsaghaf
 AJK Pelaksana:
 (i) Pendaftaran: Ahmad Hambali (Ketua)
 (ii)  Jamuan: Asmah Ahmad (Ketua)
  (iii) Jemputan dan sambutan: Kursiah Kadir (Ketua)
  (iv) Buku program:  Wahida Abd Wahid (Ketua)
  (v)  Siar raya: Nawi Ismail (Ketua)
  (vi) Dokumentasi: Kasimah Kasim (Ketua)

10.0   Penutup
Persatuan berharap agar program ini mendapat sokongan kewangan dan moral, bimbingan,
serta nasihat.  Persatuan yakin bahawa program ini akan berhasil dan mencapai
objektifnya.



Disediakan oleh,
Amirah Abidin
(AMIRAH BINTI ABIDIN)
Setiausaha Persatuan Tingkatan Enam
SM Air Mawar
4 Januari 2013


Disemak dan disokong oleh,
Mazlina
(MAZLINA BT MOHAMED)
Guru Penasihat
Persatuan Tingkatan 6
SM Air Mawar
7 Januari 2013


Diluluskan oleh,
Farid Isa
(HAJI FARID BIN ISA)
Pengetua
SM Air Mawar
9 Januari 2013
















                                                                    33                                                          TERHAD

TERHAD




FORMAT 8: SURAT KIRIMAN RASMI

(a) Surat Kiriman Rasmi 1
..................................................
..................................................
..................................................
(a)  Nama dan alamat pengirim    

 (b) Garis panjang
..................................................
(c) Nama dan alamat penerima    
..................................................
..................................................                
(u.p: …………………………)                     5 Mac 2012                                                                                
(d)   Untuk perhatian (opsyenal)
(e)  Tarikh

Tuan/puan                                            
(f)  Rujukan kehormat  

Memohon Kebenaran untuk Menggunakan Balai Raya                  
(g)  Tajuk surat (bergaris)


Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.  

(h) Pendahuluan surat: perenggan ini
2.  Untuk makluman pihak tuan,
............................................................................................
............................................................................................

3. .......................................................................................
............................................................................................
............................................................................................

4. ........................................................................................
............................................................................................
............................................................................................


5. Pertimbangan daripada pihak tuan amatlah kami harapkan. (j) Penutup surat

Sekian, terima kasih.                                                                            (k) Penamat surat
tidak diberikan apa-apa nombor.

(i) Isi surat: perlu diberikan nombor,
bermula dengan nombor 2.
Pemberian nombor kepada
perenggan itu hendaklah
berdasarkan pembahagian butir
kandungannya.
Yang  menjalankan tugas,                                                                    (l) Pengakuan pengirim

Tandatangan
(NAMA DALAM HURUF BESAR)          
Jawatan



(m) Tandatangan dengan nama dan
jawatan pengirim
                                                                    34                                                          TERHAD

TERHAD



Contoh soalan

Anda sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar  di sebuah institusi pendidikan tinggi awam telah
ditugaskan untuk mengirim surat kepada Ketua Kampung bagi memohon kebenaran mengadakan
aktiviti khidmat masyarakat di kampungnya.  Tulis surat itu selengkapnya.

Contoh esei
       
Badrul Hisham bin Badrul Hafiz,
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Putra Malaysia (UPM),
60000 Serdang,
Selangor.        


Tn. Hj Abu Salam bin Makruf,
Ketua Kampung,
Kampung Titi Gajah,
Lurah Bilut 8,
43105 Bentong,
Pahang .                                         5 Mac 2013
       

Tuan,

Memohon Kebenaran untuk Mengadakan Projek Khidmat Siswa, Universiti Putra Malaysia

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, Majlis Perwakilan Pelajar UPM bercadang untuk mengadakan
Projek Khidmat Siswa di kampung tuan.  Kampung tuan dipilih kerana pernah menjadi johan dalam
pertandingan kampung contoh peringkat negeri Pahang.

3.    Projek ini mempunyai matlamat seperti yang berikut, iaitu
   (i) menjalinkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat, khususnya masyarakat luar
bandar  melalui komunikasi berkesan dan aktiviti terancang,
 (ii)  menggalakkan mahasiswa mengadakan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat  sekali
gus memupuk nilai murni,
 (iii) memberikan pendedahan dan pengalaman kepada mahasiswa tentang cara hidup
masyarakat di luar bandar,
 (iv) memberikan teladan, motivasi, dan semangat kepada anak-anak kampung agar menjadi
insan yang cemerlang, dan
 (v) membantu anak penduduk kampung yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

4. Yang berikut ialah butiran tentang projek tersebut:

Tarikh :  2 hingga 6 November 2012
Hari :  Jumaat hingga Selasa
Tempoh :  5 hari
                                                                    35                                                          TERHAD

TERHAD

Bilangan peserta: 40 orang

5. Program ini mempunyai manfaat kepada penduduk kampung.  Antaranya adalah untuk
 (i) mengeratkan perhubungan sesama penduduk dengan mahasiswa,
 (ii) meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara
gading, dan
 (iii) membersihkan kawasan dan kemudahan awam kampung.

6. Saya selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UPM berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat
memberikan kebenaran kepada mahasiswa UPM untuk mengadakan projek khidmat siswa di
kampung Titi Gajah sebagai salah satu aktiviti khidmat kepada masyarakat di kawasan luar bandar.

7. Pertimbangan daripada pihak tuan amatlah kami harapkan.


Sekian, terima kasih.

Yang  menjalankan tugas,
     Badrul Hisham
(BADRUL HISHAM BIN BADRUL HAFIZ)
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia (UPM)






























                                                                    36                                                          TERHAD

TERHAD



(b) Surat Kiriman Rasmi  2 (menggunakan kepala surat)

BADAN KEBAJIKAN, KEBUDAYAAN DAN SUKAN KAKITANGAN
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG          
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN    
Tel:  03-61369663  Fax: 03-6137558



 
(a)  Kepala surat
 (b) Garis panjang
Ruj.kami:  01/BKKSK/2012
     Tarikh:  10 Oktober 2012

..................................................
..................................................                
(u.p: …………………………)                    
Melalui
………………………………..
………………………………..

Tuan/puan,                                            
(c) Nombor rujukan
(d) Tarikh

(e) Nama dan alamat penerima    

(f) Untuk perhatian (opsyenal)
(g) Melalui (jika ada)


(g)   Rujukan kehormat  
Memohon Kebenaran untuk Menggunakan Dewan                    (h)   Tajuk surat (bergaris)

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2.  Untuk makluman pihak tuan,
............................................................................................
............................................................................................

3. .......................................................................................
............................................................................................

4. ........................................................................................
............................................................................................
(i) Pendahuluan surat: perenggan ini
tidak diberikan apa-apa nombor.
(j) Isi surat: perlu diberikan nombor,
bermula dengan nombor 2.
Pemberian nombor kepada
perenggan itu hendaklah
berdasarkan pembahagian butir
kandungannya.

5. Pertimbangan daripada pihak tuan amatlah kami harapkan. (k) Penutup surat

Sekian, terima kasih.                          

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”                                                
(l) Penamat surat
(m)  Cogan kata (opsyenal)
Yang  menjalankan tugas,                                                                    (n) Pengakuan pengirim
 Tandatangan
(NAMA DALAM HURUF BESAR)            
Jawatan
(o) Tandatangan dengan nama dan
jawatan pengirim
s.k
(p) Salinan kepada  (jika ada)

                                                                    37                                                          TERHAD

TERHAD



Contoh soalan

Andaikan anda kaunselor di salah sebuah hospital di negara ini.  Anda bercadang untuk menjemput
seorang doktor pakar virologi untuk menyampaikan ceramah tentang kajian virus kepada doktor
pelatih di hospital tempat anda bekerja.  Tulis sepucuk surat kepada pakar berkenaan.  Surat tersebut
hendaklah melalui pengarah hospital tempat doktor pakar berkenaan bertugas.

Contoh esei
 

HOSPITAL SUNGAI BULOH
JALAN HOSPITAL
47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR
  03-61454333





   

 Ruj.kami: 01/HSP/2013
           Tarikh: 10 Oktober 2013
Dr. Nadiah binti Roslan,
Pakar Virologi,
Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Perubatan,
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur .        

Melalui
Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
     
Tuan,

Undangan sebagai Penceramah

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan sambutan Bulan Kesihatan
bagi peringkat pusat perubatan kami.  

2.  Sehubungan dengan itu, pihak kami bercadang untuk menjemput tuan untuk menyampaikan
ceramah kepada doktor pelatih di pusat perubatan kami tentang kepentingan kajian virus dalam
bidang perubatan.  Pihak kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah kerana kepakaran
tuan dalam bidang virologi.   Kami berharap agar kepakaran tuan dapat dikongsikan bersama dengan
doktor pelatih bagi menimbulkan minat untuk mereka membuat pengkhususan dalam bidang
berkenaan.  Hal ini juga bersesuaian dengan keadaan semasa, iaitu kekurangan pakar dalam bidang ini
sedangkan banyak penyakit yang berpunca daripada pelbagai virus merebak dalam kehidupan
masyarakat.  

3. Yang berikut merupakan butiran tentang ceramah tersebut:
Tarikh :   20 Disember 2013
Hari :   Khamis
Masa :  9:00 pagi hingga 11:00 pagi
                                                                    38                                                          TERHAD

TERHAD

Tempat :  Bilik Seminar 2 Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Perubatan

4. Untuk pengetahuan tuan, tuan akan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan berdasarkan
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/2005.

5. Pihak kami berharap agar tuan dapat memberikan jawapan terhadap undangan kami sebelum 30
Oktober 2013 supaya tindakan susulan dapat diambil.

6. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memenuhi undangan ini dan berkongsi ilmu
dengan doktor pelatih di pusat perubatan kami.


Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang  menjalankan tugas,

Abdul Murad
 (DR. ABDUL MURAD BIN MOHD NOOR)
Pengarah
Hospital Sungai Buloh

s.k  Ketua Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Perubatan
 







                                                                    39                                                          TERHAD

No comments:

Post a Comment