Translate

Tuesday 16 April 2013

sajak sedih penuh dengan makna tertulis


SEJAK KECIL LAGI

Sejak kecil lagi
Aku tidak pernah kenal erti kemewahan
Aku tidak merasa keistimewaan seorang anak bangsawan
Tetapi aku tak pernah kecewa
Bapaku hanyalah seorang petani                                
Petani yang tak kenal erti jemu
Mengembeleng tenaga
Memerah keringat tulang empat keratnya
Untuk mencari rezeki buatku sekeluarga

Sejak kecil juga
Aku pernah ditinggalkan bersendirian
Di rumah yang serba usang    
Tetapi aku tidak menangis dan merantap                                                        
Kerana semangatku sudah bertapak di jiwa

Masa Dahulu
Bersiar-siar bukan menjadi sebahagian dari usia kecilku
Memakan makanan yang enak tidak menjadi kebiasaanku
Kerana aku bukan orang berada
Aku tahu diriku sebenar
Diriku hanyalah seorang manusia
Manusia yang harus merendah diri

Walaupun
Aku lewat menerima pelajaran
Kawan-kawanku sudah mengenali huruf
Sedangkan aku tak tahu apa-apa
Tetapi itu tidak menjadi ukuran
Bagi diriku
Lambat atau cepat pelajaran
Hanyalah usaha yang menjadi penentu kejayaan

Benar dan terbukti
Apa yang di maksudkan pada Ayat Al-quran
yang pertama di turun kan
Pada Nabi kita
Iqra’
Bacalah
Hanya ilmu yang boleh membentukku
Menjadi seorang insan                                                                                                                                                                                     
Mementingkan ilmu pengetahuan
Mengutamakan Yang Maha Pencipta
Belajar dari kesusahan
Dan membuktikan kebolehan yang sebenar
Untuk menjadi seorang yang berjaya

Bagiku
Kejayaan bukan mudah untuk dicapai
Tetapi mudah dengan usaha yang berterusan
Kerana usaha melambangkan kejayaan seseorang
Inilah impianku sejak kecil lagi hingga sekarang


DI KARANG OLEH:
NAMA:MUHD ZULFADHLI BIN ISMAIL (2011)
TARIKH LAHIR: 11.04.1994
TEMPAT TINGGAL: 160,ALOR KELADI .JERTEH.22000 BESUT.TERENGGANU
BERCITA-CITA: ( PENSYARAH SENI )