SEJAK KECIL LAGI
Sejak
kecil lagi
Aku
tidak pernah kenal erti kemewahan
Aku
tidak merasa keistimewaan seorang anak bangsawan
Tetapi
aku tak pernah kecewa
Bapaku
hanyalah seorang petani
Petani
yang tak kenal erti jemu
Mengembeleng
tenaga
Memerah
keringat tulang empat keratnya
Untuk
mencari rezeki buatku sekeluarga
Sejak
kecil juga
Aku
pernah ditinggalkan bersendirian
Di
rumah yang serba usang
Tetapi
aku tidak menangis dan merantap
Kerana
semangatku sudah bertapak di jiwa
Masa Dahulu
Bersiar-siar
bukan menjadi sebahagian dari usia kecilku
Memakan
makanan yang enak tidak menjadi kebiasaanku
Kerana
aku bukan orang berada
Aku
tahu diriku sebenar
Diriku
hanyalah seorang manusia
Manusia
yang harus merendah diri
Walaupun
Aku
lewat menerima pelajaran
Kawan-kawanku
sudah mengenali huruf
Sedangkan
aku tak tahu apa-apa
Tetapi
itu tidak menjadi ukuran
Bagi
diriku
Lambat
atau cepat pelajaran
Hanyalah
usaha yang menjadi penentu kejayaan
Benar
dan terbukti
Apa
yang di maksudkan pada Ayat Al-quran
yang
pertama di turun kan
Pada
Nabi kita
Iqra’
Bacalah
Hanya
ilmu yang boleh membentukku
Menjadi
seorang insan
Mementingkan
ilmu pengetahuan
Mengutamakan
Yang Maha Pencipta
Belajar
dari kesusahan
Dan
membuktikan kebolehan yang sebenar
Untuk
menjadi seorang yang berjaya
Bagiku
Kejayaan
bukan mudah untuk dicapai
Tetapi
mudah dengan usaha yang berterusan
Kerana
usaha melambangkan kejayaan seseorang
Inilah impianku
sejak kecil lagi hingga sekarang
DI
KARANG OLEH:
NAMA:MUHD ZULFADHLI BIN ISMAIL (2011)
TARIKH LAHIR: 11.04.1994
TEMPAT TINGGAL: 160,ALOR KELADI .JERTEH.22000
BESUT.TERENGGANU
BERCITA-CITA: ( PENSYARAH SENI )
No comments:
Post a Comment