TAJUK:
PROSES KEGAGALAN CERUN DI KAMPUNG DURIAN TELOR
MUHD ZULFADHLI BIN ISMAIL
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENGENALAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN
4.1 PETA
DAERAH KAWASAN KAJIAN
4.2 PETA
LAKAR KAWASAN KAJIAN
5.0 KAEDAH KAJIAN
6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
7.0 KESIMPULAN
8.0 SENARAI RUJUKAN
9.0 LAMPIRAN
PERHARGAAN
Sekalung budi dan
ucapan terima kasih ingin saya tujukan kepada semua pihak yang telah banyak
membantu saya sepanjang kajian dijalankan. Terlebih dahulu,saya ingin berterima
kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putra,PUAN HAJAH RUHANI BINTI
SALLEH yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Selain itu,saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada guru Geografi saya Tn Hj Hamdan bin
Abdullah dan Pn Zaharah binti hussain yang telah banyak memberi bimbingan dan
tunjuk ajar sehingga kerja kursus Geografi ini selesai dilaksanakan.
Saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu En.Ismail
bin Jusoh dan Puan Che Munah binti Che Man yang telah memberi bantuan dari segi
kewangan dan sokongan moral kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.
Ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan saya iaitu Amirul
hafizuddin , Mohd Fadli , nik Arham , Mohd Rohaizul yang telah memberi bantuan
mencari maklumat berguna kepada saya. Selain itu juga mereka banyak membantu
menyelesaikan masalah saya dalam menghasilkan kerja khusus ini.
Akhir sekali,saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu menyiapkan kerja ini.
Sekian, terima kasih.
1.0
PENGENALAN
Kegagalan cerun ialah
satu fenomena di mana cerun turun secara tiba-tiba.Kegagaln cerun berlaku
disebabkan faktor Alam sekitar seperti hujan dan Faktor tektonik iaitu gempa
bumi. pergerakan bongkah tanah,bahan-bahan regolith tanih,dan batu menuruni
cerun.Kebiasaanya,pergerakan ini berlaku disebabkan oleh daya tarikan graviti.Walau
bagaimanapun, air hujan yang bertindak sebagai bahan pelican menolong
mempercepat proses gerakan jisim. Kejadian gelongsoran tanah atau tanah runtuh
merupakan salah satu jenis gerakan jisim yang sering berlaku di Negara kita dan
mendatangkan kesan kepada kehidupan manusia contonya,kejadian gelongsoran tanah
di lebuh Raya Timur Barat pada setiap tahun serta di kawasan kajian kami di
Kg.Durian Telor turut mengalami kegagalan cerun.
2.0
OBJEKTIF
KAJIAN
3.1 Menyatakan
bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian iaitu di Kampung Durian Telor, Jerteh.
3.2 Menghuraikan
proses kegagalan cerun yang berlaku.
3.3 Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya
kegagalan cerun.
3.4 Membincangkan
kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal.
3.5 Mencadangkan langkah yang sesuai untuk
menstabilkan cerun di kawasan tersebut.
3.0
LOKASI
KAJIAN
Kawasan kajian yang
dipilih oleh kami laluan dari Hutan Lipur Lata Tembakah ke Padang Luas di Kg.
Durian Telor,Hulu Besut,Terengganu.Di kawasan yang kami kaji terdapat beberapa
buah kampong lain iaitu kampong Padang Tapong,Kampung Padang Biluh dan Kampung
Pasir Akar.Secara amnya,penduduk yang menduduki kawasan yang kami kaji adalah
bumiputera.Setelah kajian dijalankan,kami mendapati hamper 95% daripada
penduduk Kampung Durian Telor terlibat dalam sektor utama,iaitu aktiviti
pertanian,penternakan,dan perikanan.Secara keseluruhan,Kampung ini menjalankan
aktiviti pertanian seperti penanaman padi,getah,buah-buahan dan kelapa
sawit.Selain itu,aktiviti perikanan ikan air tawar atau akuakultur juga di
jalankan di tasik atau sungai yang berhampiran.Aktiviti penternakan juga giat
dijalankan.Penduduk-penduduk di kawasan kajian kami menternak haiwan seperti
lembu,kambing dan ayam.Bentuk muka bumi yang beralun dan tanah pamah yang
sesuai merupakan faktor kawasan pertanian dijalankan di kawasan kajian.Jarak
antara kawasan kajian dengan Bandar Jerteh ialah 15 km.
4.0
KAEDAH KAJIAN
kaedah kajian dapat
dikelompokkan dalam dua jenis iaitu data primer dan data sekunder.
Data
primer adalah data yang
diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara langsung dari sumber datanya.
Data primer disebut juga sebagai data asli. Untuk mengumpulkan data primer
antaranya iailah kaedah pemerhatian.Data
Sekunder adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan peneliti dari
berbagai sumber yang telah ada (peneliti sebagai tangan kedua). Data sekunder
dapat diperoleh dari berbagai sumber seperti di perpustakaan dan internet.
1.Kaedah Pemerhatian
Kami telah melakukan
kaedah pemerhatian di Kg.Durian Telor dengan menggunakan dua biji mata kasar
saya untuk meneliti jenis-jenis cerun yang terdapat kawasan tersebut.Selain
itu,kami juga memerhati hasil proses kegagalan cerun yang berlaku dan
meganalisi faktor-faktor berlakunya kegagalan cerun.Kami juga melihat kesan
kegagalan cerun terhadap fizikal dan kemanusiaan.Di samping itu kami juga mencadangkan
langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan tersebut.Kami
juga mengambil gambar di kawasan kajian untuk membuktikan kaedah ini
digunapakai.
2.Kaedah Rujukan
Untuk melengkapkan lagi
laporan kami ini,kami juga telah membuat beberapa rujukan di perpustakaan Smk
Putra seperti majalah-majalah, buku, laporan, jurnal, dan lain-lain.
3.Kaedah Laman Web
Kami juga melayari laman
web untuk melihat peta daerah Besut dan melukis peta lakar di kawasan kajian.Kemudahan
internet jelas mempermudahkan kerja-kerja pernulisan ini di jalankan.
5.0
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1
Menyatakan bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian iaitu di Durian
Telor,Jerteh.Terengganu.
Hasil
daripada kajian yang di jalankan di Kg.Durian Telor,kami mendapati bentuk cerun
yang terdapat di kawasan kajian adalah cerun cembung.Cerun cembung adalah
susunan konturnya pada bahagian atas cerun adalah jarang manakala susunan
kontur di bahagian bawahnya adalah rapat.contoh Rajah 1.
Rajah 1.
Cerun Cembung
5.2 Menghuraikan
proses kegagalan cerun yang berlaku.
Proses Kegagalan cerun oleh Air Hujan.
Berdasar kajian yang telah dibuat unsur air
hujan tahunan yang agak tinggi di negara ini menambahkan lagi risiko berlakunya
tanah runtuh. Malah kejadian sebelum ini
didapati banyak bencana kegagalan cerun berlaku biasanya ketika hujan lebat
selain gempa bumi serta aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan pengurangan
kekuatan ricih tanah dan penambahan tegasan dalam tanah. Secara amnya, semasa
tempoh basah, tanah mengalami kenaikan kandungan lembapan dan sekaligus
berlakunya penurunan sedutan matrik (matric suction) yang mana sedutan
matrik ini memberikan kekuatan ricih tambahan kepada tanah. Penurunan sedutan matrik ini akan mengurangkan
kekuatan ricih tanah dan ini akan boleh menambah risiko kegagalan cerun. Hujan yang lebat dan berpanjangan dalam bulan-bulan
tertentu di sepanjang tahun akan melemahkan kekuatan ricih tanah di samping itu
juga berlakunya perubahan pada paras air bumi tanah. Kenaikan paras air bumi bagi tanah cerun
menyebabkan penambahan tekanan air liang. Ini mendorong kepada pertambahan
tegasan-tegasan dalam tanah cerun yang mana menyumbang kepada kegagalan cerun.
Semasa berlaku curahan
hujan, penyusupan air hujan ke dalam permukaan
cerun menyebabkan berlakunya
kenaikan tekanan air liang terutamanya yang
berhampiran dengan permukaan
cerun. Peningkatan tekanan air liang
menyebabkan
penurunan kekuatan ricih
tanah, ini memudahkan berlakunya kegagalan.
Penyusupan
air ke dalam tanah
bergantung kepada struktur tanah serta sifat-sifat tanah.
Permukaan tanah yang tidak
selanjar (discontinuities) secara amnya kebolehtelapannya tinggi dan
ianya akan membenarkan lebih banyak penyusupan
5.3 Mengenalpasti
faktor-faktor berlaku kegagalan cerun.
Hasil daripada kajian saya di Kg.Durian Telor,Terdapat dua faktor
yang sering dikaitkan dengan kegagalan cerun ini iaitu faktor fizikal dan
faktor tindakan manusia.:
5.3.1
Faktor Fizikal
1.Tumbuhan Penutup Bumi
Tumbuh-tumbuhan adalah berfungsi
untuk menghalang air hujan daripada mengenai secara terus ke atas permukaan
tanah. Ia berfungsi melindungi permukaan
tanah dari hentaman air hujan dan juga membantu menyerap tenaga air hujan. Keberkesanan konsep tumbuhan penutup bumi ini
adalah bergantung kepada jenis kanopi pokok, kepadatan pada permukaan tanah dan
juga kepadatan akar. Ini kerana setiap
satu daripada bahagian pokok berfungsi untuk melambatkan pergerakan air sama
ada di permukaan tanah mahupun di dalam tanah.
Tumbuh-tumbuhan juga penting untuk mengurangkan kegagalan cerun kerana
ia akan memperlahankan halaju aliran permukaan.
Selain itu, tumbuh-tumbuhan
juga berfungsi menghalang butir tanah
secara fizikal. Jadi pemisahan di antara zarah-zarah tanah
dapat dikurangkan.
Kehadiran tumbuhan-tumbuhan
turut meningkatkan aktiviti-aktiviti
biologikal di dalam tanah
serta membantu mengurangkan kandungan air
dalam tanah. Kehadiran air dalam tanah dalam kuantiti yang
banyak adalah
tidak sesuai kerana air
dalam tanah akan menyebabkan tanah lebih mudah
untuk dihakis dan diangkut
ke tempat lain. Oleh itu, apabila air
dalam tanah
sudah berkurangan, keupayaan
tanah untuk menyerap air adalah lebih tinggi.
Jenis tumbuhan penutup bumi
memberi kesan yang ketara terhadap kehilangan
tanah. Secara amnya, hutan adalah
kawasan yang paling efektif yang dapat
mengurangkan kadar hakisan kerana terdapat banyak pokok yang berkanopi, tetapi tumbuhan renek juga turut penting bagi
mengurangkan kesan hentaman air hujan ke atas
permukaan bumi. Sekurang-kurangnya 70%
permukaan tanah mestilah dilitupi tumbuh-tumbuhan untuk memberikan perlindungan
yang mencukupi terhadap tanah
5.3.2
Faktor Manusia
1. Pengubahsuaian cerun.
Oversteepening dan pemotongan cerun biasanya berlaku di jalan raya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap. Pemotongan cerun biasanya terjadi untuk membina bangunan-bangunan atau laluan kenderaan. Amalan ini mengalihkan sokongan lateral dan melemahkan cerun, ini akan membawa kepada tanah runtuh di banyak kawasan (Pomeroy, 1982; Schuster dan Krizek, 1978). Cerun oversteepening boleh berlaku sebagai isi adalah digunakan untuk menambah kawasan pamah dekat dengan puncak cerun.
Oversteepening dan pemotongan cerun biasanya berlaku di jalan raya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap. Pemotongan cerun biasanya terjadi untuk membina bangunan-bangunan atau laluan kenderaan. Amalan ini mengalihkan sokongan lateral dan melemahkan cerun, ini akan membawa kepada tanah runtuh di banyak kawasan (Pomeroy, 1982; Schuster dan Krizek, 1978). Cerun oversteepening boleh berlaku sebagai isi adalah digunakan untuk menambah kawasan pamah dekat dengan puncak cerun.
5.4 Membincangkan
kesan kegagalan cerun terhadap fizikal dan kemanusia.
5.4.1
Kesan Terhadap Fizikal
1. Perubahan
landskap permukaan bumi.
Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara
terhadap permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan tanah
runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan
sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau
empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras
air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan
berair.Tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan menjadi
semaki cerun dan tidak stabil.
5.4.2
Kesan Terhadap Manusia
Tanah runtuh juga akan menyebabkan
kerosakan infrastruktur seperti harta benda akibat daripada daya aliran tanah
atau lumpur. Ekonomi negara juga akan merosot akibat daripada kejadian ini. Kos
yang banyak diperlukan bagi proses membaik pulih kerosakan akibat tanah
runtuh.Bencana tanah runtuh juga akan menyebabkan perubahan landskap yang amat
ketara pada permukaan bumi. Kawasan tanah tinggi berkemungkinan menjadi rata
akibat timbunan tanah dan lumpur daripada bencana tanah runtuh. Kejadian tanah
runtuh juga sedikit sebanyak mengganggu emosi mangsa. Mangsa akan sentiasa
berada dalam ketakutan. Mangsa juga terutamanya mangsa kanak-kanak akan
terbelenggu dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga.
5.5 Mencadangkan
langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan tersebut.
5.5.1
Menanam
pokok
Usaha
pertama untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di kawasan kajian ialah penanaman
semula pokok-pokok di cerun bukit terutama di kawasan yang telah dibangunkan.
Usaha murni tersebut merupakan langkah terbaik untuk menjaga
cerun-cerun dan kawasan yang dibangunkan daripada
terdedah kepada risiko kejadian tanah runtuh. Usaha tersebut juga dapat
menguatkan tanah yang telah melalui proses pembangunan. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa pembangunan yang dijalankan menyebabkan banyak pokok
yang ditebang dan bukit ditarah atas nama pembangunan. Hutan rimba dan
bukit-bukau merupakan pasak kepada ekosistem bumi. Pembalakan dan penebangan
hutan tanpa kawalan telah melonggarkan ikatan tekstur tanah, menjadikan
cerun longgar dan rebah. Di Malaysia, hujan lebat yang turun akan menyebabkan
tanah di lereng bukit menjadi longgar dan menggelongsor. Oleh itu, pokok-pokok
besar yang berakar dalam dan tanaman tutup bumi perlu ditanam untuk
menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada cuaca dan hujan
lebat. Hal ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran
air bawah tanah yang menggelonsorkan cerun yang tidak stabil. Usaha
menanam kembali pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan, dapat memampatkan kembali
kelonggaran tanah akibat pembangunan.
5.5.2
Sistem
Perparitan
Sistem
perparitan yang terancang penting untuk membolehkan air hujan dari cerun
bukit mengalir dengan baik dan terus ke longkang atau sungai dan laut.
Air tidak akan bertakung di sesuatu kawasan sehingga menyebabkan berlakunya
banjir. Keadaan ini secara tidak langsung boleh mengelakkan berlakunya hakisan
tanah dan tanah runtuh. Sistem perparitan yang dibina dapat berfungsi sebagai
benteng yang kukuh di lereng bukit. Sistem perparitan yang terancang dapat
memadatkan struktur tanah di lereng bukit. Sekiranya, tidak ada
sistem perparitan dibina di lereng bukit, hujan lebat yang turun di kawasan
bukit akan menyebabkan air bertakung dan menyerap di kawasan lereng bukit
melalui tanah sehingga struktur tanah menjadi longgar dan tidak kukuh. Hal ini
boleh mengundang padah seperti berlakunya banjir kilat, hakisan tanah dan tanah
runtuh.Oleh itu. jelaslah pembinaan sistem perparitan yang terancang dapat
mengelakkan kejadian tanah runtuh.
5.5.3
Pembangunan
yang terancang dan Teres
Selain
itu, pembangunan yang terancang juga merupakan usaha yang dapat
dilakukan untuk mengurangkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
Kerajaan perlu mendepani persaingan pembangunan dengan strategik dan bijak.
Tindakan strategik dan sistematik terhadap pembangunan adalah sangat mustahak
dipraktikkan bagi memastikan pembangunan tidak mengundang padah. Pembangunan
terancang mestilah bersifat mesra rakyat, mengambil kira keselamatan dan
kesejahteraan rakyat. Memang pembangunan tidak dapat dihentikan, tetapi
pembangunan perlu dirancang sebaik-baiknya untuk mengurangkan fenomena yang
membawa bencana kepada pelestarian alam dan manusia. Pembangunan seperti
perumahan, perladangan dan pelancongan perlu dirancang dengan teliti demi
keselamatan dalam jangka panjang. Kawasan ladang di lereng bukit perlu dibina
teres selain menyusun atur tanaman dan laluan untuk menyelamatkan cerun.
Kerajaan atau pemaju perumahan perlu mengkaji keutuhan tanah di lereng bukit
dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh yang tidak
diingini berlaku. Kerajaan juga perlu menetapkan junlah kuota untuk
melaksanakan pembangunan di lereng-lereng bukit. Selain itu, pihak-pihak
tertentu seperti pemaju perumahan perlu mewujudkan Pelan Tindakan
Kecemasan untuk bertindak pantas apabila mengesan tanda-tanda pergerakan
cerun berlaku. Perancangan pembangunan perlu melihat simbiosis alam dengan
projek yang bakal dibangunkan. Jelasnya, Pembangunan yang terancang dapat
mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti tanah runtuh.
6.0
KESIMPULAN
Di samping itu
selepas kajian ini dijalankan diharap ramai pihak akan lebih peka terhadap
masalah kegagaln cerun yang berlaku di kawasan kajian kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai. Kegagalan cerun adalah salah satu masalah alam sekitar yang serius kerana ia
melibatkan kehilangan nutriennutrien di dalam
tanah di samping meningkatkan
aras enapan di dalam sungai
seterusnya boleh
mengakibatkan banjir kilat di kawasan hilir.
macam mana nak buat hasil kajian yang lengkap?
ReplyDeleteye
Deletemacam mana nak buat hasil kajian yang lengkap?
ReplyDeletebleh bagi yg lengkap ka
ReplyDeleteboleh
Deleteakak macam nk tulis rujukan gaya dewan untuk kamus
ReplyDeleteassalamualaikum..saya minta share sebagai panduan saya tuk siapkan kerja krusus saya ..terima kasih kepada anda...
ReplyDeleteterima kasih. sangat membantu.
ReplyDeletenice
ReplyDeleteTk nmpk la tulisan hitam tu ☹️
ReplyDelete