Translate

Monday 26 August 2013

Kiasan asal dan jenis-jenis kiasan lain




Golongan ini hampir sama dengan peribahasa dari segi maksudnya, kerana ia juga mempunyai maksud di sebalik makna harfiahnya.
Perbezaannya ialah ungkapan ini terus berubah dan tidak begitu mantap susunan dan bentuknya .

 Bahasa kiasan
Bahasa kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan.
Kiasan ialah kata atau frasa atau ayat yang digunakan untuk membanding sesuatu.
Ia merupakan ciptaan penutur atau pengkarya berhubung dengan sesuatu keadaan, situasi atau persekitaran.
Menurut Za'aba, bahasa kiasan boleh dibahagikan kepada kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan permanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat, kias ibarat, tamsil ibarat atau cerita kiasan.

 Kiasan Asal
Bahasa kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Jenis kiasan ini mengggunaka kata-kata perbandingan seperti, ibarat, umpama, laksana, bagai, macam danbak.
Contoh:
a. Merah macam biji saga.
b. Berlari pantas seperti dikejar hantu.
c. Hancur bagai kaca jatuh ke batu.

 Kiasan Berpindah
1. Kiasan berpindah tidak menggunakan kata-kata perbandingan dan kata yang hendak dibandingkan itu terus dicantumkan dengan benda yang dibuat perbandingan.
Berbanding kiasan asal, kiasan berpindah memberikan kesan yang lebih kuat kerana dua benda yang disamakan tanpa kata perbandingan itu menghasilkan satu makna yang utuh dan konkrit.
Bahasa kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu:
a. Kiasan sandar - kiasan yang dikaitkan dengan benda lain kerana keupayaan sifat atau perbuatan benda tersebut mempunyai persamaan   dengan   perkara yang hendak dikiaskan.
     Contoh: Mandi kerbau, tidur ayam, hangat-hangat tahi ayam, jinak merpati, pening lalat dan sebagainya.
b kiasan terus - kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain.
     Contoh: Ayam tambatan, pisau cukur.
c. Kiasan berangkap - kiasan yang menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai erentanan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan benda yang dikiaskan.
     Contoh: Sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa.
                 Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata
                 banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
d. Kiasan berbunga - menggunakan perkataan-perkataan yang berbunga-bunga dan indah.
    Contoh: Angin lembut, merah menyala-nyala.
e. Kiasan pemanis atau gayang - Kiasan untuk melindungi seseorang daripada memperkatakan sesuatu yang kurang elok atau manis jika disebut  secara berterus-terang
     Contoh: nafkah batin, datang bulan, datang adat, orang ruah, menjamah iossteri, meninggal dunia, membuang air besar dan sebagainya.

f. Kiasan melompat - Kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara yang sebenarnya.
     Contoh: Minum kopi, menanak nasi, mencucuk atap, menjahit baju.

g, Kiasan melarat- Kiasan daripada perkataan yang sudah menyimpang jauh daripada maksud asal perkataantersebut.
   Contoh: Kaki botol, memotong cakap orang, mengambil berat, badan berisi, dan sebagainya.

  Kiasan Permanusiaan
Kiasan ini menggunakan objek tertenyu yang tidak bernyawa dan diberikan sifat atau pelakuan manusia.
Kiasan ini juga dikenali sebagai personifikasi
       Contoh:
          Sungai mengalir lesu
          Tiupan angin menyamaikan salamku kepadanya.
          Kalam menari di atas kertas itu.

 Kiasan Berkacau
Kiasan yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta-akta yang bertentangan antara satu sama lain.
       Contoh: Nafsunya merentak-rentak seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lauan cinta berahi.

 Tamsil
Tamsil adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.
      Contoh: Bawa resmi padi, makin berisi makin menunduk.

 Ibarat
Ibarat mempunyai maksud berlapis, iaitu maksud tersurat berbeza dengan maksud yang tersirat.
Kiasan sering digunakan untuk menyindir.
   Contoh ibarat:
     Lukah Tok Guru sudah mengena
    Ikan sudah termakan kail.

 Kiasan Ibarat
Kiasan ibarat mengunakan bahasa yang indah dan berbunga-bunga.
Terdapat dalam bentuk prosa dan puisi.
      Contoh kias ibarat:
         Segala penat lelahnya sudah membuahkan hasil.

 Tamsil Ibarat
Tamsil ibarat ialah gabungan bahasa tamsil dan ibarat, terkandung di dalamnya unsur pengajaran.
      Contoh: Sesiapa berusaha memanjat pokok rajin dan melelai dahannya sudah pasti ia ke pucuk kemuliaan dan mengecap buah kesenangan.

 Cerita Ibarat atau Cerita Kiasan.
Memberikan pengajaran, teladan, dan panduan hidup kepada manusia.
       Contoh Cerita Sang Kancil, Burung Bayan Budiman dan sebagainya.

 Kata Hikmat
Kata Hikmat merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor, dan biasanya mengandungi pengertian yang mendalam.
Di peringkat pendidikan, ia berguna untuk menjadi sandaran hujah dalam pertuturan dan penulisan.
Contohnya, Jangan putus asa, dalam sehari tugasan awak tidak akan selesai. 

Sunday 18 August 2013

Peta Lakar geografi


1. Peta ialah sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan sebenar di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
2. Peatdibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:
(a) atlas; (b)peta lakar;
(c) peta topografi; (d) pelan.
3. Peta lakar menunjukkan objek-objek yang disebut ciri geografi.
4. Ciri geografi dibahagikan kepada dua, iaitu:
(a) ciri fizikal; (b) ciri budaya.
5. Ciri fizikal ialah ciri semula jadi.
Contohnya: 
(a) Sungai (b) Konutr (c) Tasik (d) Rumput (e) Hutan (f)Hutan (g) Paya air masin
6. Ciri budaya ialah objek-objek buatan manusia.
Contohnya: 
(a) Getah (b) Kelapa sawit (c) Kelapa (d) Petempatan (e) Jalan kereta api (f) Masjid
7. Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahahn awam lain yang terdapat dalam 
peta.
Contohnya:
Sek. = Sekolah 
T.A. = Tali air 
W.P. = Wakil Pos 
Pdg. = Padang 
B.P. = Balai Polis 
Kg. = Kampung 
P.D. = Pejabat Daerah 
Pt. = Parit
Bt. = Bukit
Bt. = Bukit
Kb. = Perkuburan 
K. = Kuala 
Ldg. = Ladang
P.P. = Pejabat Pos 
Tg. = Tanjung
R.R. = Rumah Rehat
W.P. = Wakil Pos 
8. Warna digunakan juga untuk menunjukkan ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat.
Tanah rendah = Hijau
Tanah tinggi = Oren/ Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Kawasan bandar = Merah jambu dan kelabu
9. Langkah-langkah melukis peta lakar adalah seperti berikut:
(a) Lukis lakaran kawasan yang hendak dikaji.
(b) Pilih simbol, singkatan, dan warna yang sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan tersebut.
(c) Lukiskan peta berdasarkan simbol-simbol yang dipilih.
(d) Lengkapkan peta dengan petunjuk, arah mata angin, skala, dan tajuk yang sesuai.
10. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa mentafsirkan peta ialah:
(a) Perhatikan tajuk peta.
(b) Lihat petunjuk dan fahami maksud simbol-simbol dan singkatan yang digunakan dalam peta.
(c) Perhatikan petunjuk arah mata angin untuk menentukan arah.
(d) Lihat pada skala untuk mengetahui jarak kawasan sebenar.
(e) Kenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat pada peta.
(f) Buat tafsiran dengan mengaitkan antara ciri-ciri fizikal dan budaya.
11.

Tuesday 16 April 2013

sajak sedih penuh dengan makna tertulis


SEJAK KECIL LAGI

Sejak kecil lagi
Aku tidak pernah kenal erti kemewahan
Aku tidak merasa keistimewaan seorang anak bangsawan
Tetapi aku tak pernah kecewa
Bapaku hanyalah seorang petani                                
Petani yang tak kenal erti jemu
Mengembeleng tenaga
Memerah keringat tulang empat keratnya
Untuk mencari rezeki buatku sekeluarga

Sejak kecil juga
Aku pernah ditinggalkan bersendirian
Di rumah yang serba usang    
Tetapi aku tidak menangis dan merantap                                                        
Kerana semangatku sudah bertapak di jiwa

Masa Dahulu
Bersiar-siar bukan menjadi sebahagian dari usia kecilku
Memakan makanan yang enak tidak menjadi kebiasaanku
Kerana aku bukan orang berada
Aku tahu diriku sebenar
Diriku hanyalah seorang manusia
Manusia yang harus merendah diri

Walaupun
Aku lewat menerima pelajaran
Kawan-kawanku sudah mengenali huruf
Sedangkan aku tak tahu apa-apa
Tetapi itu tidak menjadi ukuran
Bagi diriku
Lambat atau cepat pelajaran
Hanyalah usaha yang menjadi penentu kejayaan

Benar dan terbukti
Apa yang di maksudkan pada Ayat Al-quran
yang pertama di turun kan
Pada Nabi kita
Iqra’
Bacalah
Hanya ilmu yang boleh membentukku
Menjadi seorang insan                                                                                                                                                                                     
Mementingkan ilmu pengetahuan
Mengutamakan Yang Maha Pencipta
Belajar dari kesusahan
Dan membuktikan kebolehan yang sebenar
Untuk menjadi seorang yang berjaya

Bagiku
Kejayaan bukan mudah untuk dicapai
Tetapi mudah dengan usaha yang berterusan
Kerana usaha melambangkan kejayaan seseorang
Inilah impianku sejak kecil lagi hingga sekarang


DI KARANG OLEH:
NAMA:MUHD ZULFADHLI BIN ISMAIL (2011)
TARIKH LAHIR: 11.04.1994
TEMPAT TINGGAL: 160,ALOR KELADI .JERTEH.22000 BESUT.TERENGGANU
BERCITA-CITA: ( PENSYARAH SENI )

  

Tuesday 19 March 2013

Panduan Penghargaan Objektif Kaedah dan Rumusan Kajian Kerja Kursus


Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus Sejarah

Buat pelajar-pelajar yang dikasih...ini contoh, sila ubah suai ikut kesesuaian...jangan ada yang share ibu bapa lak..

Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah

            Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua  Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Sebelas (f) ,Puan Rosni Binti Rosli  kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah saya iaitu ..............................................kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

            Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ...............................................dan .................................kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada  ............................................ yang telah berbesar hati  memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat.

            Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu .............................dan ......................................yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak  membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.


Contoh Objektif Kajian :

Melalui kajian ini, saya dapat :
  1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.
  2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk  mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
  3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat.

Contoh Kaedah Kajian :

1.      Kaedah temu bual

            Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual ................................dari ............................................untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.


2.      Kaedah lawatan dan pemerhatian

            Saya telah melawat .................................... untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut memproses, dan memasarkan produk tempatan tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.

3.      Kaedah analisis dokumen

            Saya juga turut merujuk dokumen dari .................................. untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

4.      Kaedah penyelidikan perpustakaan

            Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ...............................untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

5.      Muat turun internet
          
            Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

6.      Kaedah Audio visual

            Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan .................................... Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.


Contoh Rumusan

            Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan  yang terdapat di temapat saya khasnya dan di negara kita amnya. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara.
               Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
          
            Akhir sekali, kemajuan ekonomi   negara bergantung kepada rakyat yang produktif,kreatif dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga produk tempatan  dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.

Sunday 17 March 2013

Doa untuk belajar dengan Cemerlang


.
1)  Baca Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Kecerdasan Otak
Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.
Baik dan bagus diamalkan apabila hendak belajar, menduduki peperiksaan, berucap, mengadakan ceramah dan menghadri temuduga.
.
.
2)  Doa Mula Mentelaah Agar Mudah Mengingat Pelajaran
Sebelum memulakan pelajaran, bolehlah dimulakan dengan potongan ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dipelajari akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.
.
.
3)  Doa Mula Mengulangkaji Pelajaran
.
.
4)  Doa Mudah Kefahaman Dan Ingat
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna ketika mengulangkaji / menelaah pelajaran:
.
.
5)  Doa Untuk Mengelak Lupa
.
.
6)  Doa Selepas Mengulangkaji Pelajaran
.
.
7)  Doa Memohon Kejayaan Cemerlang
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Niat Belajar kerana Allah


Saturday 16 March 2013

senyum dan tangis


post by budak mangga

(Sistem Modular)



Bermula pengambilan Tingkatan 6 Bawah sesi 2012/2013Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan pelaksanaan ini pada 4/Januari/2012.
Pelajar Tingkatan 6 bawah tahun 2012 merupakan kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan Tingkatan Enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Makluman berhubung dengan aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu penggal 1, penggal 2 dan penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah!

SURAT PEKELILING PEMBERITAHUAN STPM BAHARU 2012/2013: