Translate

Sunday, 23 February 2014

Permohonan Online Kemasukan Ke IPTA Sesi 2014/2015

Permohonan Online Kemasukan Ke IPTA Sesi 2014/2015

UPU
Merujuk kepada pengumuman daripada Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (UPU), 


sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 2014/ 2015 akan dibuka mulai 20 Januari 2014 jam 1200 tengahari. Sistem Permohonan ini akan dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.


  • Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA bagi calon lepasan SPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.
  • Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA bagi calon lepasan STPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.
  • Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke ILKA bagi calon lepasan SPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.
  • [ Hyperlink ke Sistem Permohonan Kemasukan akan mula diaktifkan pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari ]

Panduan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2014/2015

Pemohon boleh layari http://upu.mohe.gov.my/ atau http://upu.moe.gov.my/web/ untuk keterangan lanjut

Untuk pemohon yang sedia maklum, pemohon hendaklah terlebih dahulu perlu membeli no pin unik ID di Bank BSN yang berdekatan sebelum boleh mengakses borang.


Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Tinggi, KPM akan terus menggunakan kaedah Aplikasi Dalam Talian bagi permohonan kemasukan ke IPTA Program Pengajian Ijazah Pertama. Justeru pemohon lepasan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf perlu mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian sahaja. 

Aplikasi Dalam Talian ini hanya boleh diakses dengan Nombor Unik ID, dan pihak sekolah diminta menasihati pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 Atas dan STAM 2013 yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA, Politeknik Konversional/METrO dan ILKA bagi Sesi Akademik 2014/2015 agar berurusan terus dengan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mendapatkan Nombor Unit ID mulai 20 Januari 2014. Tiada pembelian pukal nombor Unit ID diamalkan bagi Sesi Akademik 2014/2015. 

PANDUAN PERMOHONAN KE IPTA BOLEH KLIK LINK INI - e-panduan

PANDUAN PERMOHONAN KE ILKA BOLEH KLIK LINK INI - e-panduan

SYARAT AM PERMOHONAN
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
  • Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
  • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
    • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
    • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
    • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Kategori PermohonanLepasan SPM/Setaraf
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2013 sahaja.

  • Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2012.

  • Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

  • Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013.
Kategori PermohonanLepasan STPM/Setaraf
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM Tahun 2013 sahaja:

  • Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2013.
  • Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2013.
Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi 2013/2014 seperti pecahan berikut:

  • Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
  • Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  • Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
  • Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
  • Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
  • Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.
Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
  • Kategori E • Aliran Sastera.
  • Kategori F • Aliran Sains:
    • Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
    • Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2011 atau sebelumnya atau,
    • Lulusan STPM Ulangan atau,
    • Lulusan Matrikulasi Sesi 2012/2013 dan sebelumnya atau,
    • Lulusan STAM tahun 2010 dan sebelumnya atau,
    • Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
    • Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
    • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
Lepasan STAM (Kategori T)
  • Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun 2012 atau 2013 sahaja.

Wednesday, 1 January 2014

Ayat jiwang

ayat sweet

1)Senyuman awak macam ☼, mata awak macam ☾, suara awak merdu macam ♬♪♫, bila saya nampak awak saya rasa berada di ☁, disitu terbentuknya ❤

2)Jadilah Sekuntum Mawar Berduri yang Cantik dipandang,
Namun, Sukar dicapai disebabkan duri yang mencucuk jari si pemetik.:)

3)"Putih tak bermakna cantik, hitam tak bererti kotor kerana putihnya kafan itu menakutkan sedangkan kelambu kaabah yg hitam itu menyenangkan"

4)Cintα Pαling Sweet Bilα Sαling Memαhαmi Sαtu Sαmα Lαin . Bilα Bergαduh Adα Yαng Mengαlαh. Bilα Merαjuk Adα Yαng Pujuk .Betul Tak ?

5)Lebih baik cakap "Aku handsome" dari "Aku tak handsome", sebab perkataan tu ibarat awak menghina ciptaan Allah. So, pujilah diri sendiri xD

6)Jodoh dengan pasangan impian BELUM TENTU DATANG..tetapi jodoh dengan KEMATIAN, KUBUR, AKHIRAT pasti akan datang walaupun tidak diundang. :)

7)Kalau lelaki cuba nk sentuh anda perempuan. Anda cuba penalti kat telor dia sekali. InsyaAllah, besok dia takkan muncul depan muka awk lagi.

8)Couple Yang Awesome : Cakap macam kawan → Bergurau seperti kanak-kanak → Bergurau macam suami isteri → Saling melindungi macam adik beradik.

9)KalauSayaJadi bulan awak jadi bintangnya .Kalau saya jadi pintu tandas awak jadi jambannya .Kalau saya jadi punggung awak jadi tahinyaa .

10)Klau awk nangis,saya lapkan air mata awk. Klau awk luka, saya ubatkan luka awk. Tapi bila saya tak ada, awk doakan saya selamat disana k :')

11)Lelaki yang Sweet/Awesome/Romantik ialah lelaki yang bercouple tapi tak pernah menyentuh pun girlfriend dia kerana dia menghormatinya :)

12)Girl: ''You jangan nak mengada ngada usha usha perempuan lain yee'' 
Boy: ''Sayang, I just nak menghayati ciptaaan ciptaan tuhan.''
Girl:"BREAK"

13)Isteri : Sayang jom tidur? Suami : Pergilah tidur dulu Isteri : *muka monyok* Suami : *cium dahi isteri* *angkat isteri* Alolo, jom jom :) 
*SweeT

14)Bila buat simbol :") ,maknanya dia menangis dalam hati. Paling merajuk bila dia tulis "K"

15)Boy : Rumah awak ada pelampung tak ? Girl : Ada . Boy : Ouh.k Girl :kenapa ? Boy : Saya takut awak akan tenggelam ke dalam hati orang lain.

16)Lelaki kacak jika pakai songkok tapi lagi kacak jika jadi IMAM . Perempuan comel bertudung tapi lagi comel yang pakai telekong jadi MAKMUM.

17)Perempuan cepat menangis , cepat terasa , kuat merajuk , cepat cemburu . Bukan sebab mengada tapi Allah cipta hati mereka lemah dan lembut ♥

18)Kalau nak tahu orang tu sayang kita ke tak , dia mesti akan risau kalau kita reply text lambat walaupun baru 5 minit.

19)BF : *kacau GF buat homework* 
GF: 'Jgn kacau kita lah!' 
BF: 'Kalau nak jugak?' 
GF: 'Eiiiii!' 
BF: *tarik hidung
GF* 'Awak comel' 
GF: *senyum*

20)Jangan malu untuk mengajak perempuan bernikah , tapi malulah apabila mengajak perempuan untuk bercinta tanpa nikah .

Monday, 26 August 2013

Kiasan asal dan jenis-jenis kiasan lain




Golongan ini hampir sama dengan peribahasa dari segi maksudnya, kerana ia juga mempunyai maksud di sebalik makna harfiahnya.
Perbezaannya ialah ungkapan ini terus berubah dan tidak begitu mantap susunan dan bentuknya .

 Bahasa kiasan
Bahasa kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan.
Kiasan ialah kata atau frasa atau ayat yang digunakan untuk membanding sesuatu.
Ia merupakan ciptaan penutur atau pengkarya berhubung dengan sesuatu keadaan, situasi atau persekitaran.
Menurut Za'aba, bahasa kiasan boleh dibahagikan kepada kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan permanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat, kias ibarat, tamsil ibarat atau cerita kiasan.

 Kiasan Asal
Bahasa kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Jenis kiasan ini mengggunaka kata-kata perbandingan seperti, ibarat, umpama, laksana, bagai, macam danbak.
Contoh:
a. Merah macam biji saga.
b. Berlari pantas seperti dikejar hantu.
c. Hancur bagai kaca jatuh ke batu.

 Kiasan Berpindah
1. Kiasan berpindah tidak menggunakan kata-kata perbandingan dan kata yang hendak dibandingkan itu terus dicantumkan dengan benda yang dibuat perbandingan.
Berbanding kiasan asal, kiasan berpindah memberikan kesan yang lebih kuat kerana dua benda yang disamakan tanpa kata perbandingan itu menghasilkan satu makna yang utuh dan konkrit.
Bahasa kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu:
a. Kiasan sandar - kiasan yang dikaitkan dengan benda lain kerana keupayaan sifat atau perbuatan benda tersebut mempunyai persamaan   dengan   perkara yang hendak dikiaskan.
     Contoh: Mandi kerbau, tidur ayam, hangat-hangat tahi ayam, jinak merpati, pening lalat dan sebagainya.
b kiasan terus - kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain.
     Contoh: Ayam tambatan, pisau cukur.
c. Kiasan berangkap - kiasan yang menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai erentanan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan benda yang dikiaskan.
     Contoh: Sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa.
                 Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata
                 banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
d. Kiasan berbunga - menggunakan perkataan-perkataan yang berbunga-bunga dan indah.
    Contoh: Angin lembut, merah menyala-nyala.
e. Kiasan pemanis atau gayang - Kiasan untuk melindungi seseorang daripada memperkatakan sesuatu yang kurang elok atau manis jika disebut  secara berterus-terang
     Contoh: nafkah batin, datang bulan, datang adat, orang ruah, menjamah iossteri, meninggal dunia, membuang air besar dan sebagainya.

f. Kiasan melompat - Kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara yang sebenarnya.
     Contoh: Minum kopi, menanak nasi, mencucuk atap, menjahit baju.

g, Kiasan melarat- Kiasan daripada perkataan yang sudah menyimpang jauh daripada maksud asal perkataantersebut.
   Contoh: Kaki botol, memotong cakap orang, mengambil berat, badan berisi, dan sebagainya.

  Kiasan Permanusiaan
Kiasan ini menggunakan objek tertenyu yang tidak bernyawa dan diberikan sifat atau pelakuan manusia.
Kiasan ini juga dikenali sebagai personifikasi
       Contoh:
          Sungai mengalir lesu
          Tiupan angin menyamaikan salamku kepadanya.
          Kalam menari di atas kertas itu.

 Kiasan Berkacau
Kiasan yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta-akta yang bertentangan antara satu sama lain.
       Contoh: Nafsunya merentak-rentak seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lauan cinta berahi.

 Tamsil
Tamsil adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.
      Contoh: Bawa resmi padi, makin berisi makin menunduk.

 Ibarat
Ibarat mempunyai maksud berlapis, iaitu maksud tersurat berbeza dengan maksud yang tersirat.
Kiasan sering digunakan untuk menyindir.
   Contoh ibarat:
     Lukah Tok Guru sudah mengena
    Ikan sudah termakan kail.

 Kiasan Ibarat
Kiasan ibarat mengunakan bahasa yang indah dan berbunga-bunga.
Terdapat dalam bentuk prosa dan puisi.
      Contoh kias ibarat:
         Segala penat lelahnya sudah membuahkan hasil.

 Tamsil Ibarat
Tamsil ibarat ialah gabungan bahasa tamsil dan ibarat, terkandung di dalamnya unsur pengajaran.
      Contoh: Sesiapa berusaha memanjat pokok rajin dan melelai dahannya sudah pasti ia ke pucuk kemuliaan dan mengecap buah kesenangan.

 Cerita Ibarat atau Cerita Kiasan.
Memberikan pengajaran, teladan, dan panduan hidup kepada manusia.
       Contoh Cerita Sang Kancil, Burung Bayan Budiman dan sebagainya.

 Kata Hikmat
Kata Hikmat merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor, dan biasanya mengandungi pengertian yang mendalam.
Di peringkat pendidikan, ia berguna untuk menjadi sandaran hujah dalam pertuturan dan penulisan.
Contohnya, Jangan putus asa, dalam sehari tugasan awak tidak akan selesai. 

Sunday, 18 August 2013

Peta Lakar geografi


1. Peta ialah sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan sebenar di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
2. Peatdibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:
(a) atlas; (b)peta lakar;
(c) peta topografi; (d) pelan.
3. Peta lakar menunjukkan objek-objek yang disebut ciri geografi.
4. Ciri geografi dibahagikan kepada dua, iaitu:
(a) ciri fizikal; (b) ciri budaya.
5. Ciri fizikal ialah ciri semula jadi.
Contohnya: 
(a) Sungai (b) Konutr (c) Tasik (d) Rumput (e) Hutan (f)Hutan (g) Paya air masin
6. Ciri budaya ialah objek-objek buatan manusia.
Contohnya: 
(a) Getah (b) Kelapa sawit (c) Kelapa (d) Petempatan (e) Jalan kereta api (f) Masjid
7. Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahahn awam lain yang terdapat dalam 
peta.
Contohnya:
Sek. = Sekolah 
T.A. = Tali air 
W.P. = Wakil Pos 
Pdg. = Padang 
B.P. = Balai Polis 
Kg. = Kampung 
P.D. = Pejabat Daerah 
Pt. = Parit
Bt. = Bukit
Bt. = Bukit
Kb. = Perkuburan 
K. = Kuala 
Ldg. = Ladang
P.P. = Pejabat Pos 
Tg. = Tanjung
R.R. = Rumah Rehat
W.P. = Wakil Pos 
8. Warna digunakan juga untuk menunjukkan ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat.
Tanah rendah = Hijau
Tanah tinggi = Oren/ Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Kawasan bandar = Merah jambu dan kelabu
9. Langkah-langkah melukis peta lakar adalah seperti berikut:
(a) Lukis lakaran kawasan yang hendak dikaji.
(b) Pilih simbol, singkatan, dan warna yang sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan tersebut.
(c) Lukiskan peta berdasarkan simbol-simbol yang dipilih.
(d) Lengkapkan peta dengan petunjuk, arah mata angin, skala, dan tajuk yang sesuai.
10. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa mentafsirkan peta ialah:
(a) Perhatikan tajuk peta.
(b) Lihat petunjuk dan fahami maksud simbol-simbol dan singkatan yang digunakan dalam peta.
(c) Perhatikan petunjuk arah mata angin untuk menentukan arah.
(d) Lihat pada skala untuk mengetahui jarak kawasan sebenar.
(e) Kenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat pada peta.
(f) Buat tafsiran dengan mengaitkan antara ciri-ciri fizikal dan budaya.
11.

Tuesday, 16 April 2013

sajak sedih penuh dengan makna tertulis


SEJAK KECIL LAGI

Sejak kecil lagi
Aku tidak pernah kenal erti kemewahan
Aku tidak merasa keistimewaan seorang anak bangsawan
Tetapi aku tak pernah kecewa
Bapaku hanyalah seorang petani                                
Petani yang tak kenal erti jemu
Mengembeleng tenaga
Memerah keringat tulang empat keratnya
Untuk mencari rezeki buatku sekeluarga

Sejak kecil juga
Aku pernah ditinggalkan bersendirian
Di rumah yang serba usang    
Tetapi aku tidak menangis dan merantap                                                        
Kerana semangatku sudah bertapak di jiwa

Masa Dahulu
Bersiar-siar bukan menjadi sebahagian dari usia kecilku
Memakan makanan yang enak tidak menjadi kebiasaanku
Kerana aku bukan orang berada
Aku tahu diriku sebenar
Diriku hanyalah seorang manusia
Manusia yang harus merendah diri

Walaupun
Aku lewat menerima pelajaran
Kawan-kawanku sudah mengenali huruf
Sedangkan aku tak tahu apa-apa
Tetapi itu tidak menjadi ukuran
Bagi diriku
Lambat atau cepat pelajaran
Hanyalah usaha yang menjadi penentu kejayaan

Benar dan terbukti
Apa yang di maksudkan pada Ayat Al-quran
yang pertama di turun kan
Pada Nabi kita
Iqra’
Bacalah
Hanya ilmu yang boleh membentukku
Menjadi seorang insan                                                                                                                                                                                     
Mementingkan ilmu pengetahuan
Mengutamakan Yang Maha Pencipta
Belajar dari kesusahan
Dan membuktikan kebolehan yang sebenar
Untuk menjadi seorang yang berjaya

Bagiku
Kejayaan bukan mudah untuk dicapai
Tetapi mudah dengan usaha yang berterusan
Kerana usaha melambangkan kejayaan seseorang
Inilah impianku sejak kecil lagi hingga sekarang


DI KARANG OLEH:
NAMA:MUHD ZULFADHLI BIN ISMAIL (2011)
TARIKH LAHIR: 11.04.1994
TEMPAT TINGGAL: 160,ALOR KELADI .JERTEH.22000 BESUT.TERENGGANU
BERCITA-CITA: ( PENSYARAH SENI )

  

Tuesday, 19 March 2013

Panduan Penghargaan Objektif Kaedah dan Rumusan Kajian Kerja Kursus


Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus Sejarah

Buat pelajar-pelajar yang dikasih...ini contoh, sila ubah suai ikut kesesuaian...jangan ada yang share ibu bapa lak..

Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah

            Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua  Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Sebelas (f) ,Puan Rosni Binti Rosli  kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah saya iaitu ..............................................kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

            Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ...............................................dan .................................kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada  ............................................ yang telah berbesar hati  memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat.

            Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu .............................dan ......................................yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak  membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.


Contoh Objektif Kajian :

Melalui kajian ini, saya dapat :
  1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.
  2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk  mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
  3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat.

Contoh Kaedah Kajian :

1.      Kaedah temu bual

            Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual ................................dari ............................................untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.


2.      Kaedah lawatan dan pemerhatian

            Saya telah melawat .................................... untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut memproses, dan memasarkan produk tempatan tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.

3.      Kaedah analisis dokumen

            Saya juga turut merujuk dokumen dari .................................. untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

4.      Kaedah penyelidikan perpustakaan

            Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ...............................untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

5.      Muat turun internet
          
            Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

6.      Kaedah Audio visual

            Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan .................................... Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.


Contoh Rumusan

            Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan  yang terdapat di temapat saya khasnya dan di negara kita amnya. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara.
               Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
          
            Akhir sekali, kemajuan ekonomi   negara bergantung kepada rakyat yang produktif,kreatif dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga produk tempatan  dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.